Dah lama juga aku tak ke Amcorp Mall, jadi pada Ahad lepas aku pun singgahlah sebentar. Dan bila dah lama tak pergi, mestilah ada saja benda yang di beli. Dan inilah dia hasilnya, dua deck playing cards.
Agak menarik juga sebab dengan brand-nya yang bernama Blue, aku pada mulanya ingat set ni mesti dari luar negara tapi rupanya...
Ok juga la tu, lagi pun aku belum ada lagi set yang macam ni dalam koleksi aku.
Dan setelah memeriksa dan membelek-belek berulang kali, setnya cukup keahliannya dan masih baru, keras dan rapat bila di-stack.
Dan...yang paling unik pada set ini adalah, bucunya (lihat gambar di bawah ni) seperti telah di potong menjadi kan set ini bersegi lima dan bukan segi empat seperti biasanya.
Terdapat juga tiga keping kalendar yang secara tidak langsung memberitahu bahawa set ini adalah dari tahun 2006...
...dan di belakang kalendar, tertera nama Lao Cai International Hotel. Setelah melakukan sedikit senaman jari pada keyboard, rupa-rupanya hotel ni berada di Vietnam dan bukannya hotel kat Malaysia ni. Patut le aku tak pernah dengar. Jauh juga kamu datang ye.
Set yang kedua aku beli hari tu adalah deck playing cards berjenama Bosch Automotive.
Yang ini aku tak pasti dari mana dan bila buatannya.
Tapi, sebab masih berkeadaan baru, keras dan rapat, di tambah pula ada grafik spark-plug dan dari jenama yang dikenali umum, jadi aku pun beli le.
Kadnya yang masih putih bersih dan berseri.
Set Joker-nya dengan grafik spark-plug.