Monday, June 6, 2011

beg shopping Sabtu...

Sekali pandang macam purse tapi bila dah dibuka, beg shopping Sabtu rupanya. Apa? Kenapa aku panggil beg shopping Sabtu? Sebab, bila beli barang pada hari Sabtu dah tak dapat beg plastik lagi, kalau nak juga kena bayaq dua kupang. Jadi, bagi menjimatkan duit disamping menyelamatkan "environment", kenalah bawa beg shopping Sabtu nih. Beg ni aku baru dapat sewaktu membeli barangan Wrigley's dua minggu lepas...







Saturday, June 4, 2011

sudah bermula...

Sedang asyik mencari barang rumah (dan souvenir...), ternampak akan iklan Milo ni. Pada mulanya ingatkan sekadar info mengenai lori Milo yang digunakan dari dulu hingga sekarang, rupa-rupanya bukan setakat tu saja....


Nah kamu....Milo dah offer lori Milo untuk dikumpul. Ada dua saiz pula tu, yang besar dan kecil (info dibawah).

Sesampai di rumah, aku pun masuk le internet nak cari info pasal ni. Takdak.... Setelah hampir seminggu akhirnya aku dapat borang ni kat pasaraya hijaukuning dan terus post kat sini agar kita sama-sama boleh start collect. JOM KUMPUL (...pinjam tagline Bro Nikths)

Terdapat beberapa cara nak tebus lori Milo ni. Cara yang pertama adalah cara standard, isi borang, sertakan bukti pembelian dan pos, dan tunggu berminggu-minggu untuk sampai ke rumah.

Bagi yang inginkannya lebih cepat disamping menjimatkan kos sampul surat dan setem, bolehlah menggunakan cara kedua iaitu dengan menebus secara serta-merta di lokasi terpilih, biasanya di pasaraya-pasaraya kegemaran sukaramai (tapi pada tarikh yang telah ditetapkan).



Dan cara yang ketiga, bagi yang tak suka hiruk-pikuk pasaraya atau pun mungkin nak tebus tiga empat lori sekaligus tanpa di pandang lain macam oleh penebus-penebus lain, maka bolehlah menebus terus di office-nya yang terletak di PJ. (style aku le ni...)

Apa-apa pun, jangan lupa sertakan bukti pembelian seperti yang di bawah ini...


Friday, June 3, 2011

kisah singa dan katak.....

Dua botoi ayaq F&N berstraw. Cara nak dapat, aku kena pi makan kat foodcourt Signatures kat tingkat dua KLCC. Beli makanan dan ayaq soda (gelaih besaq) barulah dapat sebiji botoi ayaq ni. Tapi kena jaga sikit, promosi ni kalau tak silap aku dok ada hari Jumaat, Sabtu, Ahad saja, hari len takdak...









Thursday, June 2, 2011

komposisi teh tarik...

Tengah do meronda kat sebuah kedai runcit, ternampak pula iklan teh tarik F&N yang baru ni, masih berlipat dan belum ditegakkan. Terus aku bertanya kat brader yang bertugas kalau boleh di bawa balik, buat souvenir. Dia kata ok, aku pun terus ambil dan balik.... terlupa pula nak beli barang.



Wednesday, June 1, 2011

anda suka yang mana...?

Setelah mendapat info daripada Bro Iaryylr, maka pada tengahari Ahad yang lepas aku pun pi la ke One Utama untuk menyaksikan upacara sambutan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady. Aku sampai pun dalam pukul dua belas dan menurut jadual yang tertera di situ show akan tamat dalam pukul satu. Hahaha..... tinggal sejam je lagi. Tapi takpalah, yang penting bagi aku sebenarnya goodie bag yang bakal diberikan kepada seribu lima ratus pengunjung terawal. Dan yang kat bawah inilah goodie bag yang dimaksudkan....



Didalamnya terdapat dua item. Yang pertama adalah pek susu cokelat empat botol seperti ini...


Dan item kedua pula adalah yang ini. Macam inilah keadaannya sewaktu aku menjengah ke dalam goodie bag. Sebuah kotak panjang dengan gambaq maskot-maskot Dutch Lady. Aku ingatkan depa bagi thermos ka, kotak pensil ka, jadi aku rasa ok la tu, janji dapat souvenir...



Tetapi, bila dah sampai kat kereta dan nak simpan kat dalam boot barulah aku keluarkan kotak panjang tu untuk dilihat betul-betul apakebendanya isinya. Haaa, tu dia.... Gelas-gelas kenit rupanya. Empat biji pulak tuh. Setiap satu dengan gambaq maskot perisa terbaru Dutch Lady. Yeeehaa...


kita kasi keluar tengok....




Diperkenalkan, perisa-perisa terbaru daripada Dutch Lady yang mana seluruh rakyat Malaysia diminta untuk mengundi perisa yang mana satu yang menjadi kegemaran dan paling top dikalangan pencinta susu Dutch Lady. Yang ini adalah Dutch Lady Caramel Toffee.


Ini pula adalah Dutch Lady Moo Melon.


Yang ini adalah Dutch Lady Sweet Corn.


Dan yang terakhir adalah Dutch Lady Red Bean.


Maka aku sempatlah merasa kesemua perisa terbaru tu dan diminta oleh petugas agar mengibarkan bendera bagi menunjukkan sokongan kita kepada perisa yang kita pilih.











Dan inilah dia Tuan-tuan dan Puan-puan, perisa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Dutch Lady Sweet Corn. Dibawa berarak untuk bertemu dan bersalaman dengan semua yang hadir.....