Sedang asyik mencari barang rumah (dan souvenir...), ternampak akan iklan Milo ni. Pada mulanya ingatkan sekadar info mengenai lori Milo yang digunakan dari dulu hingga sekarang, rupa-rupanya bukan setakat tu saja....
Nah kamu....Milo dah offer lori Milo untuk dikumpul. Ada dua saiz pula tu, yang besar dan kecil (info dibawah).
Sesampai di rumah, aku pun masuk le internet nak cari info pasal ni. Takdak.... Setelah hampir seminggu akhirnya aku dapat borang ni kat pasaraya hijaukuning dan terus post kat sini agar kita sama-sama boleh start collect. JOM KUMPUL (...pinjam tagline Bro Nikths)
Terdapat beberapa cara nak tebus lori Milo ni. Cara yang pertama adalah cara standard, isi borang, sertakan bukti pembelian dan pos, dan tunggu berminggu-minggu untuk sampai ke rumah.
Terdapat beberapa cara nak tebus lori Milo ni. Cara yang pertama adalah cara standard, isi borang, sertakan bukti pembelian dan pos, dan tunggu berminggu-minggu untuk sampai ke rumah.
Bagi yang inginkannya lebih cepat disamping menjimatkan kos sampul surat dan setem, bolehlah menggunakan cara kedua iaitu dengan menebus secara serta-merta di lokasi terpilih, biasanya di pasaraya-pasaraya kegemaran sukaramai (tapi pada tarikh yang telah ditetapkan).
13 comments:
wah milo dah keluar soveniur,bagus2.Nampaknya bulan posa tahun ni kena minum banyak milo la ya?
kena cari milo murah dan kumpul mata nie... mana pula plastik milo nie...
Bro, total ada 12 truklah!, yang besar ada 6, 1 truk 40 mata nak kena 240 mata dan yang kecil ada 6, 1 truk 20 mata, jadi perlu 120 mata, total 360 mata ? betulke nie? rasanya beli apa yang untung? , kalau cari milo sejuk 15 mungkin ada lagi boleh dapat mug... entahlah..., kalau milo sejuk mahu dalam 26 kotak, sekotak 14 mata, kos sekitar RM260?, nak kena strategi, nampaknya Raya minum milolah nampaknya.. hua hua hua....
Kalau bulan puasa Bro nikth nak minum milo, kenalah milo cereal, he he he!
saya ada idea,apa kata kita suruh sedara-mara simpan pek2 milo untuk kita dan juga buat deal dengan tokey kedai kopi kumpulkan pek milo tu untuk kita...amacam jimat sikit
nikths,
best juga idea tu, tulah, best nie barang milo....
bagus idea bro nikths, kalau diorang beli pek 2kg lagi baikkk...terus dapat 20 mata = 1 lori besaq
Bro, bukan 1 lori besar 40 mata , 1 lori kecil 20 mata ke?
aduhh, kena minta diorang beli 4kg le gamaknya...hehehe
kita tak suruh pun dia orang tetap beli untuk berniaga.Perjanjian MoU tu pentingkan?
agak2 sape boleh dapat dulu yg Y1-1980an tu. Geram tengok ..
Mmg kena modal besar ni.
http://blogpengamatan.blogspot.com/2011/07/salam.html
Post a Comment