Thursday, June 9, 2011

Justice League @ Pavilion part V

Dah settle tengok pameran, dah settle tengok kedai dan jualan, akhirnya tibalah masa untuk layan show-nya pula. Bertemakan Justice League dah semestinya karakter yang berlakon adalah terdiri dari ahli Justice Leauge dan beberapa super-villain undangan. Pelakon-pelakon didatangkan khas dari Australia dan pertunjukkan bermula dengan persembahan tarian ala sarkis oleh Harley Quinn.



Sewaktu Joker sedang merancang satu rompakan besar-besaran di atas stage, tiba-tiba di sebelah hujung tangga berdekatan pintu masuk Pavilion, muncullah Batman yang kemudiannya berlari turun tangga dan terus menerpa Joker di atas pentas...


Batman pun terus sound Joker "kau buat apa haaaah.....?"


maka pergelutan pun berlaku...


dan Joker dibantu oleh Harley Quinn yang membawa martul besaaar (biasalah, hero mesti kalah dulu...)


dalam scene lain, Hawkgirl dan Wonder Woman sedang berbincang bagaimana hendak menangkap Joker dan Harley Quinn...

tapi sebelum tu kenalah menari sikit, bagi penonton seronok...


kemunculan Green Lantern dengan i-padnya

konfrantasi Harley Quinn dengan Hawgirl...


dengan Wonder Woman pula, dan Harley Quinn menang...


geng Justice League berbincang, "macamana diorang boleh menang haaah...?"

Joker dan Harley Quinn sangat gumbira dengan hasil rompakan dan kejayaan mereka membelasah Justice League

Justice League, masih belum habis berbincang...

kanak-kanak sedang melayan gelagat Joker yang tak sedar dirinya akan tewas juga akhirnya



dalam kehangatan temasya suka-ria Joker, tiba-tiba geng Justice League pun menyerbu...

Wonder Woman membelasah Harley Quinn...

dan Batman pula pi balun Joker

pesanan akhir dari superheroes "CRIME DOES NOT PAY"

maka tamatlah show ni (rupanya ini show terakhir), bye semua.....

...ramai juga yang menonton rupanya.

1 comment:

iaryylr said...

cayalah Bro, saya tak sampai sini lagi sini hu hu hu!