Sambung lagi..... Pameran di Pavilion ini telah bermula pada 27 Mei dan akan berakhir pada 12 Jun, jadi sempat lagi kalau nak pi tengok hujung minggu ini. Bertemakan Justice League, ia juga diadakan sempena filem baru Green Lantern jadi macam-macam display tentang Green Lantern ada dipamirkan. Contohnya yang di bawah ni. Ini adalah life-size figure STEL yang juga merupakan ahli Green Lantern Corps. "Southeast Asia's first ever feature display repica" jadi kiranya ini adalah kemunculannya yang pertama sebelah sini. Besar beb...dan menyala...
Yang berikut merupakan Green Lantern Stations yang disediakan bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Tak pasti apa syarat yang dikenakan untuk mula bermain tetapi yang pastinya, kalau complete semuanya boleh dapat hadiah goodie bag DC...
Eh..... apa pula yang berselubung tu?
Ahaaa... inilah dia cincin hikmat yang diguna dan dipakai oleh setiap ahli Green Lantern Corps. Model replika cincin ini adalah seberat 400kg dan hanya mula dipamirkan pada 31 Mei hari tu. Sebelum tu dia dok dalam selimut macam tu lah. (brader-brader GL tengah nak kasi on itu cincin...)
No comments:
Post a Comment