Thursday, June 9, 2011

Transformers @ One Utama

Semalam sewaktu pi meronda One Utama terkejut juga dapat berjumpa dengan Optimus Prime dan Camaro "Bumblebee". Rupannya ada pameran filem Transformers yang terbaru dan juga pameran kereta Chevrolet. Baru saja lepas layan pameran Justice League, kali ni layan Transformers le pula.....


pandangan dari atas keseluruhan ruang pameran




Sempena promosi Transformers Dark of The Moon Rollout, TransMy yang merupakan hard-core Transformers fans telah membawa suatu showcase hebat yang julung-julung kali dipersembahkan kepada rakyat Malaysia, sebuah koleksi yang "More Than Meets The Eye" yang merangkumi lebih dua puluh tahun untuk dikumpul. Showcase yang diberi nama "An Evolution Over Eons" ini, memenuhi dua display case yang besar dan mempamirkan koleksi Transformers seawal tahun 1984 sehinggalah yang terkini. Tengok... jangan tak pi tengok.



Pameran Transformers Dark of The Moon Rollout diadakan di ruang legar The Oval One Utama dan bermula dari tujuh sehingga duabelas haribulan Jun, jadi sempat lagi kalau nak pi...


Ahaaa, ada pertandingan mewarna bagi adik-adik yang berminat..

Poster-poster karakter Transformers dalam filem terbaru ini. Hmmm, macam mana nak adjust poster-poster nih.....


Ok, kita mulakan dengan melayan kereta Camaro nih. Menurut juruhebah yang bertugas, Camaro ini adalah collectible yang termahal yang ada dijual di pameran tersebut. Yaaa Tuan-tuan dan Puan-puan, kereta ini memang untuk dijual, katanya... Dibina khas mengikut spesifikasi design Bumblebee seperti dalam filem Transformers, kereta idaman para collectors ini boleh dimiliki dengan harga kurang separuh dari sejuta ringgit. Jadi, kalau ada spare dalam lima ratus ribu, bolehlah bawa balik the ultimate collectible nih...








































No comments: