Selain daripada kereta, Optimus Prime, dan juga koleksi-koleksi hebat yang dipamirkan, terdapat juga di satu sudut ruang pameran di mana ditempatkan seorang insan dari studio Toypicasso yang tera membikin figure Transformers dan mengubahnya dari keadaan asal menjadi seperti yang ada dalam filem. Ahaaa, dia boleh meng-transform-kan figure Transformers agar kelihatan seperti diperbuat daripada besi sebenar, siap dengan "battle scratches"nya sekali, memang hebat. Teknik yang digunakan adalah mewarnakan semula figures tersebut dengan menggunakan air brush dan pelbagai jenis warna, hasilnya memang menakjubkan. Dengan tag line "...from plastic to die cast", para pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana proses ini dijalankan dan sewaktu dia melakukan demonstrasi, pelbagai teknik dan tips akan diberikan agar kita boleh mencuba sendiri di rumah.
No comments:
Post a Comment