Tuesday, September 10, 2013

.....besaaar punyer

Ini dia keluaran terbaru daripada Maggi, Maggi Big Kari yang dutanya adalah pelakon sukaramai masa kini iaitu Aaron Aziz. Mee Maggi ni dipanggil Big sebab saiznya yang sememangnya lebih besar dari peket Maggi biasa, dan di dalam bungkusan bawah ni ada lima geng besar tu.



Yang lagi teranya, aku bukannya beli sebungkus Maggi besar tu tapi dua. Yaaaa...duaaaa, kiranya ada sepuluh peket le dalam tu. Hahaha, bila la nak habis.....


Tapi...biasalah, tak kan saja-saja beli dua kan? Mesti ada muslihatnya ya tak? Haaaaa, inilah dia sebabnya...


...dapat mangkuk besaaar Maggi.


Memang besar le, setakat nak bubuh dua peket Maggi saiz standard memang takda hal.


Di bawah mangkuk siap ada logo Nestlé.
Ori beb.....haha.


Ok, nak try dulu Maggi ni.....adios.


Friday, September 6, 2013

biru mata hitam ku...?

Buku resepi Planta Warisanku, Inspirasiku. Aku dapat dari kaunter khidmat pelanggan kedai hijaukuning. Tak perlu beli apa-apa pun, sengaja ditinggalkan atas kaunter untuk diambil. Ajaib sungguh...hahaha.


Tapi, bula aku buka mukasurat pertama
....kosong.


Mukasurat kedua dan ketiga juga kosong.


Begitu juga mukasurat empat dan lima
...tarrapappa.


Akhirnya,
kat mukasurat enam dan tujuh barulah ada resepi...


Tapi mukasurat lapan kosong balik,
mukasurat sembilan pula ada...


Lain macam sikit buku resepi ni. Rumusan aku, ini mungkin buku resepi berdasarkan rancangan masakan di televisyen. Mukasurat kosong mungkin untuk para penonton isi sendiri bila menonton rancangan tu...hmmm.



Apa-apa pun, inilah dia resepi masakan yang ada dalam buku ni.....sayang tak kaler.





Thursday, September 5, 2013

air...oh...air

Seperti yang sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini berlaku gangguan bekalan air di sekitar Selangor, akibat daripada tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan proses merawat air terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Dan rumah aku tidak terkecuali daripada menghadapi masalah takda air ni.

Bab mandi atau cuci kain aku boleh handle sebab aku boleh le singgah rumah adik-beradik yang ada air tapi bab bekalan air minum tu ada sikit problem. Rata-rata di pasaraya, air mineral, reverse osmosis, mahu pun air minuman biasa dah habis dibeli orang Selangor. Wow, hebat betul, macam nak cari collector's item la pula.

Walau bagaimana pun, akhirnya aku jumpa juga stok air mineral di kedai serba oren. Versi Angry Birds pula tu. Memandangkan pada botolnya ada gambar Angry Birds yang berlainan, aku pun mula le cari dan beli semua dengan gambar yang berbeza, kira bagi cukup set la. Buat orang rumah geleng kepala je.....hahaha. 






Wednesday, September 4, 2013

senaman pagi...?

Pada Isnin dua haribulan yang lepas aku telah ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Nak buat apa ya? Haaa....untuk dapatkan duit syiling peringatan Jubli Emas Muzium Negara. Aku sampai dalam pukul sembilan setengah pagi dan geng yang beratur dah melimpah-ruah sampai ke luar bangunan. Difahamkan (dari sumber yang boleh dipercayai), seawal enam pagi dah ada yang mula beratur....perghhh. Aku sempat lagi pi makan nasi lemak tanglin sebelum mai sini.



Memandangkan ini adalah juga bangunan Bank Negara, maka kelihatanlah brader-brader polis yang sentiasa bersedia mengawal keadaan...


Setelah hampir setengah jam beratur di luar bangunan sambil menikmati cahaya matahari pagi dan menyerap vitamin D sebanyak mungkin, akhirnya aku tibalah ke muka pintu bangunan Muzium dan Galeri ni. Baru sampai pintu brader, belum masuk lagi...hahaha.


Ini kira check-point kedua,
yang pertama....nuuun kat depan sana.


Sebaik saja aku masuk ke dalam,
tu dia.....punyalah panjang.


Setelah lebih satu setengah jam beratur,
barulah aku sampai kat check-point pertama ni.


...dan di belakang aku, masih ramai yang setia berdiri dengan sopan dan teratur.


Bila sampai di hadapan barisan, sepuluh orang yang dihadapan sekali akan beratur di sebelah kanan. 


Mereka inilah yang akan dibenarkan untuk naik ke atas dahulu. Maknanya, hanya sepuluh orang sahaja yang dibenarkan berurusan pada satu-satu masa. 


Tengah dok beratur tu, brader polis memberitahu "set dua syiling dah habis ya...". Maka kedengaranlah keluhan collector tegar yang sudah dua jam beratur...


Pada pukul sebelas tigapuluhlima, setelah lenguh segala sendi-sendi dan urat-urat kaki aku ni, akhirnya aku sampailah ke tingkat atas di mana operasi menjual duit syiling peringatan ini di jalankan.


Sambil membeli...


...sambil gambar kita diambil.


Inilah brader dari Ampang yang melayan sembang dengan aku sepanjang dok beratoq tadi. First time mari katanya, tapi bessstttt.


Di kaunter, dinyatakan had pembelian yang dibenarkan. Jangan risau, aku beli sikit je..


Selesai pembelian, aku pun ucapkan selamat tinggal kepada Nona-nona Bank Negara dan bersalaman dengan Brader Ampang. Dia siap pesan lagi, nanti enambelas haribulan datang lagi, kita jumpa. Ahaaa...


Dan, inilah dia duit syiling peringatan
yang aku beli hari tu...







Pen ni bukan dapat free...


...tapi kena beli untuk dapatkan beg ni free, hahaha. Syarat yang ditetapkan oleh Nona penjaga galeri souvenir.


Tuesday, September 3, 2013

that's the way...aha...aha

Sempena kempen "Giant Price Aha Aha...I Like It",
ini dia sticker kereta promosi yang baru aku dapat
pada rondaan hujung minggu lepas.


...dengan janji dan slogan barunya,
"'Giant Price' Always Lower,
Or We Pay You Double The Difference!"