Sunday, January 31, 2010

Jom beli Coke

Tu dia booth Coca Cola kat
tingkat bawah Mid Valley.







Yaaa, Tuan-tuan dan Puan-puan,
boleh cuba nasib disini...


Ni la dia mesin penentu nasib. Sekali putar boleh pilih, nak tiket pi tengok trofi atau nak "coke horn". Tepuk dada, tanya selera...






Ramai juga yang datang nak cuba nasib, hehehe... Syarat pembelian, setiap set pembelian mengandungi 2 botol Coca Cola (biasa atau vanilla, atau sprite) 1.5 liter dan berharga RM5.40 dan dengan setiap set boleh putar nasib satu kali. Kalau tak nak beli yang botol, tin pun ada. Satu set 5 tin berharga RM6.00, tapi Coke sahaja. Aku dapat tahu pada hari tu saja kita boleh pilih samada nak tiket atau coke horn. Pada hari esoknya pula, ada lebih banyak pilihan. Boleh pilih diantara, pemegang fridge coke, jam bolasepak adidas, botol minum coke (stainless steel?), dulang coke, coke horn dan beberapa item lagi....




Coke botol 1.5liter habis dijual. Sesiapa yang dah bayar untuk dapatkan yang botol digantikan dengan coke tin dan tak perlu bayar lebih. Dapat le jimat enam puluh sen.

No comments: