CD rock bahasa inggeris dah settle, kali ni giliran rock melayu pula. Kalau nak cerita pasal rock melayu ni kena la start dengan legendnya. Siapa lagi kalau bukan Ramli Sarip dan gengnya Sweet Charity. Ramli Sarip telah dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura dan pada tahun 1967 beliau menubuhkan sebuah kumpulan gitar rancak yang diberi nama Sweet Charity. Lagu-lagu Sweet Charity ni bukan setakat sedap didengar malah sampai sekarang masih lekat di kepala. Pasang saja mana-mana lagu diorang, gerenti on-the-spot boleh nyanyi sekali. Tu dia powernya "SweetChat" ni...
*
Kembali kepada cerita Abang Ramli, pertama kali aku jumpa (nampak) dia adalah pada awal tahun 80an. Waktu tu aku ikut mak aku pergi Singapura sebab nak beli barang. Bila time maghrib mak aku pun suruh la aku solat kat masjid (kalau tak silap dekat area Arab Street). Bila selesai saja aku pun pi la balik kat tangga nak pakai kasut, dan terpandang la pula kat seorang brader berambut panjang ni, pun tengah nak pakai kasut juga. Aku pun lalu sebelah dan tengok muka brader tu.....Ramli Sarip!!! Agak terkejut juga aku. Rockers ni jenis yang ingat Tuhan punya, rockers ada isi, bukan kosong saja....
"Ramli Sarip" album pertama Ramli Sarip bila mula bergerak solo pada tahun 1985. Lagu-lagu dalam album ni: Jikalau Berkasih, Panah Beracun, Tersendiri, Kepastian, Jangan Disebut Lagi, Selamat Malam, Simpati, Sebelum Bangga Diri, Bersalam Semula dan Tanpamu.
*
* Album "Syair Timur" yang telah dilahirkan pada tahun 1997. Mengandungi lagu-lagu seperti Iqra', Adam dan Hawa, Tangan Tangan Amal, Pak Kadok, Si Pandir, Senandung Penghayal, Kalimah Terakhir, Syair Laila dan Majnun, Negeri Hakiki - Soal Kita, Dikir-Fikir dan Lagu Jiwa.
*
*
Keempat-empat CD yang berikut adalah dari box-set Ramli Sarip yang diterbitkan pada tahun 1994. Memuatkan pelbagai lagu Abang Ramli sepanjang kariernya sebagai penyanyi, pemuzik, penggubah dan penerbit lagu. Istimewanya set ni ialah adanya rakaman temu-bual bersama Abang Ramli yang menceritakan tentang pembabitan awal Abang Ramli dalam industri muzik, bagaimana Abang Ramli hendak ke studio rakaman tumpang kereta kawan, break makan roti canai dan sebagainya. Disamping itu dimuatkan juga lagu-lagu Abang Ramli berduet dengan artis-artis seperti Dato' Khadijah Ibrahim, Jay Jay, Dato' SM Salim dan lain-lain. Terdapat juga lagu-lagu yang dirakam semula seperti Ikrarku Pada Rozana, Kasih Tak Kesampaian, Ribut 10:59 Pagi, Kawan Ketawa Kawan Menangis dan lagu-lagu baru seperti Negeri Cinta dan Oh Rohani.
*
Ramli Sarip - Ziarah Seni (Asli dan Tulus)
Intro, Bukan Kerana Nama, Kenyataan, Istilah Bercinta, Kau Yang Satu, Ramadhan, Perjalanan Hidup, Ku Dihalaman Rindu, Lahirnya Sebuah Puisi, Layarkan, Kasih Tak Kesampaian, Doa, Teman, Warisan Alam, Ku Milikki Bayangmu, Oh Rohani (Lagu Baru/Versi Unplugged)
Ramli Sarip - Ziarah Seni (Litar Api Rock)
Intro, Ribut 10:59 Pagi (Rakaman Terbaru), Datang Dan Pergi, Pelarian, Penunggu, Jangan Tunggu Lama-Lama, Kawan Ketawa Kawan Menangis (Rakaman Terbaru), Ikrarku Pada Rozanna (Rakaman Terbaru), Teratai, Kamelia, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Sejuta Wajah, Musibah, Blues Yang Hilang (Lagu Baru/Versi Unplugged)
Ramli Sarip - Ziarah Seni (Muzik Jalan Terus)
Intro, Budaya, Jikalau Berkasih, Semangat Lamina, Blues Felda Blues, Dadah Merbahaya, Diktator Papan Catur, Orang Kota, Fantasi Tapi Kenyataan, Keliru, Dilema, Gejala Hari Ini (Hapuskan Dadah), Sabar Kasihku, Di Persada Ingatan, Tajam-tajam, Puisiku Yang Hilang (Lagu Baru/Versi Unplugged)
Ramli Sarip - Ziarah Seni (Muzik Jelata)Intro, Ihsan Mulia (duet bersama Khadijah Ibrahim), Joget Hilang Berganti (duet bersama Khadijah Ibrahim), Setinggi Gunung Sebuah Janji (duet bersama Khadijah Ibrahim), Zapin Berperi (duet bersama Khadijah Ibrahim), Bicara Uda Dan Dara (duet bersama Khadijah Ibrahim), Senandung Hidup Berbudi (duet bersama Jay Jay), Rasa Tempatan, Dondang (duet bersama Teman-teman), Doa Buat Kekasih (duet bersama Khadijah Ibrahim), Lagu Zaman (duet bersama S.M.Salim), Petani, Temasya Desa Gemalai, Negeri Cinta (Lagu Baru), Kasih Tak Kesampaian (Lagu Baru / Versi Unplugged)
Konsert Sejuta Wajah ini adalah konsert reunion Sweet Charity yang telah diadakan pada 6 Januari 1996 di Stadium Merdeka. Rakaman dibuat secara "live" dan dalam format digital dan kandungannya, Introduksi, Trilogi, Interval, Teratai, Jangan Lama-lama, Batu, Dunia Perlumbaan, Kamelia, Lahirmu Bukan Untuk Dunia, Musibah dan Sejuta Wajah.
* Pilihan Terbaik Sweet Charity Vol.2 pula terkandung didalamnya lagu-lagu seperti Zakiah, Arahan, Bagaikan Bermimpi, Nada Penyesalan, Apa Khabar Sekarang, Jangan biarkan, Perjalanan, Jangan Lama-lama, Dendang Remaja, Dalam Kerinduan, Dia, Haji, Terharu dan Jangan Tak Jadi.
No comments:
Post a Comment