Friday, January 15, 2010

Lagu Dari Wayang II

Ada lagi sikit..

The Empire Strikes Back Special Edition:
The Imperial March Darth Vader's Theme
*
CD berbentuk kepala Darth Vader ni mengandungi lagu The Imperial March (Darth Vader's Theme). Biasanya bila si Vader ni nak datang ni la lagu yang mengiringi kemunculannya. Lagu ni telah di cipta oleh John Williams yang banyak mencipta lagu-lagu untuk filem-filem popular barat. CD ni masih sealed lagi jadi tak tau la kot-kot ada lagu-lagu lain...



Elton John: Can You Feel The Love Tonight
*
Dari filem The Lion King yang pertama pada tahun 1994. Sebuah lagu yang telah meraih dua anugerah iaitu Academy Award for Best Original Song (1994) dan The Golden Globe Award for Best Original Song.



Mark Snow: The X-Files

Single yang memuatkan 3 variasi lagu tema siri X-Files. Ada Original Version, Terrestrial Mix dan P.M. Dawn Remix. Dikeluarkan pada tahun 1996. Versi rekod pun ada, mana ya....
*


Foo Fighters: Walking After you
Lagu sound track dari filem X-Files: I Want To Believe dari tahun 1998.
*



Hal featuring Gillian Anderson: Extremis

Hmmm, siapa pula Hal ni, pokoknya masa beli dulu sebab ada Gillian Anderson (Agent Scully dalam siri X-Files). Saja je sebab nak dengar betul ka dia ni boleh nyanyi..... Dikeluarkan pada tahun 1997.
*


Jim Carrey: Cuban Pete

Lagu yang dinyanyikan sendiri oleh Jim Carrey dalam filemnya The Mask. Terdapat 3 buah lagu dalam single ni. Dua lagu oleh Jim Carrey dan sebuah lagi yang juga bertajuk Cuban Pete (filem 1946) dinyanyikan oleh Desi Arnaz.



Cher with Beavis and Butt-head: I Got You Babe

Cher dan Beavis & Butt-head menyanyikan I Got You Babe yang telah dipopularkan oleh Sonny & Cher pada tahun 1965.


Sticker free bersama CD single.


Peabo Bryson and Regina Belle:

A Whole New World (Aladdin's Theme)

Gandingan dua artis yang menyanyikan lagu tema filem Disney, Aladdin (1992).


No comments: