Saturday, January 16, 2010

Lagu Dari Wayang IV

John Travolta & Olivia Newton-John:You're The One That I Want

Filem Grease ni mula ditayangkan pada tahun 1978. Aku sempat tengok cerita kat panggung wayang (dibawa oleh sedara-dara yang agak dewasa sikit sebab time tu sekolah rendah lagi). Punyalah minat tengok Grease ni sampai dua tiga kali aku pi layan, hehe. Ya la, masa tu belum wujud VCD atau DVD, video tape pun belum berleluasa... Ok, CD single OST ni pula keluar sempena ulangtahun Grease yang ke 20. Ada dua buah lagu iaitu You're The One That I Want dan Grease Megamix (macam medley lagu-lagu Grease). Dan yang special nya, ada video You're The Want That I Want...

*

Album OST: Flashdance

Cerita ni pula keluar pada tahun 1983. Aku dan member-member pi tengok kat Lido Ipoh, duduk lane depan, tiket $1.00. Kalau dengan harga tiket sekarang, boleh tengok 10 kali...hahaha. Macam-macam lagu best dalam album OST Flashdance ni dan yang termasyur ialah lagu Flashdance...What A Feeling oleh Irene Cara.


Album OST: Footloose

Filem lakonan Kevin Bacon ni mula ditayangkan pada tahun 1984. Ia mengisahkan sebuah bandar kat US yang telah mengharamkan segala bentuk tarian dan muzik rock. Yang si Kevin Bacon ni pula bercadang nak buat prom night....hmmm. Album OST ni antara lain memuatkan lagu Footloose (Kennny Loggins), Holding Out For A Hero (Bonnie Tyler), Let's Hear It For The Boy (Deniece Williams) dan Almost Paradise (Mike Reno & Ann Wilson).



Album OST: Top Gun

Sebuah filem dari tahun 1986, ia dibintangi oleh Tom Cruise, Kelly McGillis, Val Kilmer, Meg Ryan dll. Antara lagu menarik album OST ni ialah Take My Breath Away (Berlin) dan Top Gun Anthem (Harold Faltemeyer & Steve Stevens)



Album OST: French Kiss

Filem komedi cintan lakonan Meg Ryan dan Kevin Klein yang keluar pada tahun 1995. Antara lagu soundtracknya ialah La Vie en Rose (Louis Armstrong), La Mer (Kevin Kline), Via Con Me (Paolo Conte), dan Dream A Little Dream of Me (The Beautiful South).




Album OST: Sleepless In Seattle

Sebuah lagi filem komedi cintan lakonan Meg Ryan, tapi kali ni dengan Tom Hanks pula. Filem yang keluar pada tahun 1993 ni memuatkan lagu hit When I Fall In Love, nyayian Celine Dion dan Clive Griffin. Lagu ni asalnya dinyanyikan oleh Doris Day (masyhur dengan lagu Que Sera Sera, What Ever WillBe, Will Be) pada tahun 1952....




Album OST: Don Juan DeMarco


Lakonan Johnny Depp sebagai Don Juan DeMarco, the greatest lover in the world, hehe. Dikeluarkan pada tahun 1995, ia mengandungi lagu tema filem ini, Have You Ever Really Loved A Woman oleh Bryan Adams.



Ini pula adalah CD singlenya.
Bryan Adams: Have You Ever Really Loved A Woman?

Album OST: Forrest Gump

Filem yang keluar pada tahun 1994 ni dilakonkan oleh Tom Hanks sebagai Forrest Gump (walau pun pada mulanya John Travolta adalah pilihan utama bagi watak tu). Filem ni mengambil masa 2 jam 21 minit, jadi tak salah la kalau 2 CD diperlukan untuk memuatkan soundtrack filem ni (32 lagu semuanya).




CD Single OST Forrest Gump

The Byrds: Turn! Turn! Turn! (To Everything There Is A Season)



Goo Goo Dolls: Iris

Dari filem City of Angels (1998) lakonan Meg Ryan (...lagi) dan Nicolas Cage. Ceritanya, Nicolas Cage (angel) sanggup bertukar menjadi manusia kerana sukakan Meg Ryan (doktor).... Hmmmm, kena tengok tu....


Jimmy Cliff: I Can See Clearly Now

Sebuah filem komedi mengenai pasukan bobsled dari Jamaica yang memasuki Winter Olympics. Lagu ni pula, pada asalnya adalah lagu Johhny Nash (1972) dan untuk soundtrack filem ni dinyanyikan oleh penyanyi reggae, Jimmy Cliff.



No comments: