Thursday, January 14, 2010

Lagu Dari Wayang I

Setiap cerita wayang pasti ada lagunya, tak kiralah samada lagu tu best ka tidak. Hehehe, tapi biasanya kalau cerita tu best, lagu pun baik juga la... Ini adalah koleksi CD aku jenis "original sound track". Lagu-lagu dari cerita wayang yang aku minat.


R Kelly: Gotham City

Dari filem Batman & Robin lakonan George Clooney dan Chris O'Donnel. Dikeluarkan pada tahun 1997, filem ini turut dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger, Uma Thurman dan Alicia Silverstone.



The Smashing Pumpkins:

The End Is The Beginning Is the End


Dikeluarkan pada tahun 1997, ia juga adalah sebuah lagu dari filem Batman & Robin. Lagu ini telah memenangi anugerah Best Hard Rock Performance pada Grammy Awards 1998.




U2: Hold Me, Thrill Me, Kiss Me, Kill Me

Dari filem Batman Forever lakonan Val Kilmer pada tahun 1995. Batman bercinta dengan Dr Meridien Chase (Nicole Kidman)...



...saja masukkan hologram Batman ni (dapat masa beli t-shirt Batman tahun 90an dulu)



Seal: Kiss From A Rose

Sebuah lagu yang asalnya dikeluarkan pada tahun 1994, telah di re-releasekan sebagai sound track filem Batman Forever pada tahun 1995. Tarusss tangkap cintan...



Mc Spy-D + Friends:
The Amazing Spiderman Mastermix

*
Tak berapa kenal dengan band ni, tapi Spider-Man punya pasal aku angkat. Cuma, "produced and engineered by Brian May (Queen).." yang membuat CD ni terangkat sikit.




Filter and The Crystal Method:
(Can't You) Trip Like I Do

Lagu ini adalah kolaborasi dua band iaitu Filter dan The Crystal Method pada tahaun 1997. Kalau dari segi album, Spawn: The Album memang ada banyak rock band yang main (lagu), seperti Metallica, Marilyn Manson, Slayer dan sebagainya. Tapi yang ni cuma single aje, jadi diorang ni je la yang ada...



Peter Andre: Kiss The Girl

Sebuah lagu dari filem Disney's Little Mermaid dan dikeluarkan pada tahun 1998. CD single ni adalah bahagian kedua dari satu set 2 CD. Aku beli yang ni dulu sebab dia ada kad free...

*

kad free-nya...



gambar pada kotak CD


No comments: