Monday, January 18, 2010

Yang ni belum masuk kotak...

Setelah mendapat info dari seorang sahabat dari pulau mutiara, awal pagi tadi aku pun terus ke...
*
Untuk mendapatkan...

dan...


Kat dalam galeri dah dipamirkan setem dan sampul surat hari pertama Mata Wang Malaysia. Menarik, memang menarik.


Aku sampai kat Dayabumi pukul 8:38 pagi, terus ke kaunter filateli dan ni la dia pakcik-makcik, brader-sista, dan akak-adik yang sampai lebih awal dari aku... Beraturlah aku dekat sejam sebelum sampai ke kaunter yang berhawa dingin.


Yaaa, pilih bang pilih, macam-macam ada. Untuk menyenangkan aku, aku order saja set folder + lembaran mini. Semuanya termasuk sekali, tinggal nak tampal setem je.

Bila dah beli, dan hati pun dah puas barulah boleh join dengan geng yang kat luar...
*

Oklah, hasil tangkapan hari ini. Inilah dia folder Matawang Malaysia.


Sangat menarik sebab didalamnya dipamirkan matawang Malaysia siri pertama (1967), siri kedua (1982), siri ketiga (1996) dan siri keempat (2008). Belum sampai pukul 12 tengahari, semua folder dah habis terjual, ramai juga yang frust tak dapat...kesian.


Inilah dia setem bagi first day cover (fdc) pertama bagi tahun 2010. Enam setem yang memaparkan wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen (permukaan depan dan belakang), dan satu lembaran mini dengan imej wang kertas RM50 yang baru. Yang lagi bestnya, setem-setem ni menggunakan Silver Metal Hot Foil Printing. Kalau dalam industri komik, ia dinamakan Silver Ink dimana efeknya ialah imej yang seakan-akan timbul dan diperbuat dari perak (silver). Bagi setem-setem ni pula, bila dibelek-belek, kelihatan seperti duit syiling betul yang terlekat kat setem tu.... (kena lihat sendiri untuk percaya, hehe)

sekupang
*


dua kupang



lima kupang



butiran teknikal


Lembaran mini, wang kertas Rm50 siap dengan security thread.


....sampul suratnya


Ni pula adalah Setem Premium, keluaran khas sempena Sampul Surat Hari Pertama Matawang Malaysia.


Gabenor-gabenor Bank Negara

*
Setem yang mempunyai nilai muka RM50 ini diperbuat daripada logam perak, ketulinan 999 dan mempunyai berat 1.12gram. Dikeluarkan sempena ulangtahun ke-50 Bank Negara dan menggunakan teknologi laser bagi menghasilkan imej ke atas permukaan setem perak, canggih tuh... Boleh berfungsi seperti setem biasa dan dilekatkan di atas sampul surat sebagai bayaran pos. Sewaktu di Pejabat Pos tu, ada seorang Otai Collector ni berkata, "...saya mau tunggu, mau tengok siapa berani bikin itu first day cover guna itu setem lima puluh ringggit...".
*
28mm x 38mm x 0.1mm
*



4 comments:

blurguyz79 said...

akhirnya,dapat nampak juga muka2 gabenor malaysia.thanks bro infonya.

Spallan said...

betul tu, asyik dengar nama je...

jakionline said...

ish .. rugi tak beli ni.

unrindu said...

nasib baik aku pesan dengan abang aku mintak dia belikan untuk aku. baik betul la abang aku tu.