Tuesday, April 5, 2011

Batman Vol 1 #433-#435...The Many Deaths of the Batman

Batman Vol 1 #433, #434 dan #435 membawa kisah "The Many Deaths of the Batman". Dalam kisah kali ini, Batman didapati telah dibelasah teruk dan digegaskan ke hospital. Di bilik rawatan, dua doktor bertelagah, samada topeng Batman harus dibuka atau dibiarkan sahaja. Macamana pun, Batman tidak berjaya diselamatkan...

Kisah kematian Batman tersebar luas. Ramai yang tidak percaya dan mempunyai perasaan yang bercampur baur. Ada yang suka bila mengetahui Batman telah mati seperti geng di Arkham Asylum, Two-Face. Ada juga yang terkejut dan tidak percaya seperti si Dick Garyson (Nightwing/Robin) dan Alfred Pennyworth. Jim Gordon pula, yang waktu itu sedang bertugas diluar, terus mengambil penerbangan balik dan terus ke bilik mayat bagi mengesahkan kisah kematian Batman. Di bilik mayat, setelah menyuruh semua orang keluar, dia membuka topeng Batman dan mendapati seorang lelaki berambut blonde yang tidak dikenali.

Selepas insiden itu, terdapat lagi beberapa pembunuhan "Batman" yang membingungkan pihak berkuasa. Bruce Wayne pula, yang berada di bawah kawalan ketat oleh pihak polis (bagi menjaga keselamatannya), mendapati dirinya agak sukar bagi menjalankan tugasnya sebagai Batman. Walau bagaimana pun, aktiviti si Bat-killer perlu dihentikan dan jalan penyelesaian perlu dicari dengan segera...

Batman Vol 1 #433, Mei 1989

"The Many Deaths of the Batman - Chapter One: Period of Mourning"

Executive Editor : Dick Giordano

Cover Artist : John Byrne

Writer : John Byrne

Penciler : Jim Aparo

Inker : Mike DeCarlo

Colourist : Adrienne Roy

Letterer : John Costanza

Editor : Denny O'Neil

.



Batman Vol 1 #434, Jun 1989

"The Many Deaths of the Batman - Chapter Two: How Many Times Can a Batman Die?"

Executive Editor : Dick Giordano

Cover Artist : John Byrne

Writer : John Byrne

Penciler : Jim Aparo

Inker : Mike DeCarlo

Colourist : Adrienne Roy.



Batman Vol 1 #435, Jul 1989

"The Many Deaths of the Batman - Chapter Three: The Last Death of the Batman"

Executive Editor : Dick Giordano

Cover Artist : John Byrne

Writer : John Byrne

Penciler : Jim Aparo

Inker : Mike DeCarlo

Colourist : Adrienne Roy

Editor : Denny O'Neil

No comments: