Batman Year Three, itulah tajuk cerita yang merangkumi empat komik Batman bermula dari #436 sehingga #439. Antara lain mengisahkan bagaimana Dick Grayson (Robin pertama) yang telah dewasa dan kini dikenali sebagai Nightwing, mengenang kembali bagaimana ia telah dibesarkan oleh Bruce Wayne (Batman) dan Alfred Pennyworth (butler Bruce Wayne).
Al-kisahnya, ibubapa Dick Grayson telah mati terbunuh sewaktu membuat persembahan sarkis (Haly's Circus). Kematian ini kemudiannya diketahui bukanlah kerana kemalangan yang tidak sengaja malah telah direncanakan oleh seorang penjenayah bernama Tony Zucco. Kononnya ibubapa Dick Grayson enggan membayar wang perlindungan kepada Tony Zucco. Mengimbau kisah Tony Zucco, sewaktu kecilnya dia juga telah menyaksikan ibubapanya dibunuh oleh gangster kerana tidak membayar wang perlindungan. Sama sahaja seperti yang dialami oleh Dick Grayson. Tony Zucco kemudiannya telah dihantar ke rumah anak yatim St. Jude dan diletakkan di bawah penjagaan Sister Mary Elizabeth. Berbagai usaha dan cara telah digunakan oleh Sister Mary bagi memujuk Tony namun hatinya tetap berkeras untuk membalas dendam di atas kematian ibubapanya sehinggalah apabila keluar dari institusi tersebut, dia sendiri terjebak ke kancah jenayah dan menjadi salah seorang gangster yang digeruni.
Kembali kepada Dick Grayson, sebaik sahaja insiden kematian ibubapanya, dia juga telah dihantar ke rumah anak yatim St. Jude dan di bawah kelolaan Sister Mary Elizabeth, sama seperti Tony Zucco. Dick Grayson juga berazam untuk membalas dendam akan kematian ibubapanya, namun setelah diberi dorongan dan bimbingan oleh Sister Mary, dia sedar dan berfikir semula akan niatnya itu.
Apabila Dickk Grayson diambil oleh Alfred dan di bawa ke Wayne Manor, dia bertemu dengan Bruce yang menceritakan kisah pengalamannya yang hampir sama seperti yang dilalui oleh Dick. Bruce kemudiannya bertanya samada dia masih berniat untuk membunuh Tony Zucco dan Dick memberitahu yang dia tidak lagi berniat demikian namun berharap agar Tony Zucco tidak mengulangi perbuatannya itu. Bruce pula, menyedari akan skill akrobatik yang ada pada Dick, telah membawanya ke Batcave…..
Batman Vol 1 #436, Ogos 1989
"Batman: Year III Chapter One - Different Roads"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : George Pérez
Writer : Marv Wolfman
Penciler : Pat Broderick
Inker : John Beatty
Colourist : Adrienne Roy
Letterer : John Costanza
Editors : Denny O'Neil, Dan Raspler
Batman Vol 1 #437, Ogos 1989
"Batman: Year III Chapter Two - Changes Made"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : George Pérez
Writer : Marv Wolfman
Penciler : Pat Broderick
Inker : John Beatty
Colourist : Adrienne Roy
Letterer : John Costanza
Editors : Denny O'Neil, Dan Raspler
.
Batman Vol 1 #438, Sep 1989
"Batman: Year III Chapter Three - Turnabout"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : George Pérez
Writer : Marv Wolfman
Penciler : Pat Broderick
Inker : John Beatty
Colourist : Adrienne Roy
Letterer : John Costanza
Editors : Denny O'Neil, Dan Raspler
.
Batman Vol 1 #439, Sep 1989
"Batman: Year III Chapter Four - Resolutions"
Executive Editor : Dick Giordano
Cover Artist : George Pérez
Writer : Marv Wolfman
Penciler : Pat Broderick
Inker : Michael Blair
Colourist : Adrienne Roy
Letterer : John Costanza
Editors : Denny O'Neil, Dan Raspler
.
No comments:
Post a Comment