Sewaktu ke pasaraya hijaukuning hari tu, aku sempat menjengah ke kaunter perkhidmatan pelanggannya sebelum masuk membeli-belah. Bukan apa, saja nak tengok apa ke souvenir yang terbaru. Manalah tahu, kalau ada yang menarik, boleh aku adjust bila masuk ke dalam nanti. Tiba-tiba aku ternampak akan barangan hijau dalam bungkusan plastik lutsinar. Sungguh banyak dan tersusun rapi dibahagian atas rak-rak yang penuh dengan barangan souvenir. Maka aku pun bertanyalah kepada si Gadis bertugas, apakah gerangannya barangan itu. Si Gadis bertugas pun ambil satu dan tunjukkan kat aku. Tengah aku dok belek-belek, tiba-tiba si Gadis bertugas berkata, "Encik nak...? Ambillah". Dalam aku dok melayan hobi mengumpul souvenir ni, inilah kali pertama aku dapat offer macam ni, tukang jaga gedung souvenir offer barang tanpa perlu membeli apa-apa.....terima kasih.
inilah souvenirnya, beg milo kecik...
1 comment:
Bro Iaryylr ada satu,saya pun ada satu,bro spallan pun dah dapat.Milo ni satu jenama yang banyak souveniernya.Teruskan Bro dengan hobi ni.
Post a Comment