Monday, August 8, 2011

...mencari si baju hijau

Pada hari Jumaat yang lepas merupakan hari beratur se-Malaysia. Apa taknya, hari itu merupakan hari lori Milo (borang panggil Van Milo Mini) edisi Julai dikeluarkan. Namun, oleh kerana sewaktu edisi pertamanya keluar dulu aku pi kat office diorang ni macam senang aje dan takde sebarang masalah, maka tepat jam 10:57 pagi aku sampailah kat office Omniteam di Taman Mayang. Tu diaaaaaa.....aku nampak punyalah ramai yang dah beratur. Dari pintu masuk office tu sehinggalah ke hujung blok bangunan dan ter-extra sikit sampai masuk ke jalan tar. Ramai juga yang berpayung dan tak kurang pula yang menggunakan borang hijau tu untuk mengipas diri kasi cool.

Wah, tak boleh jadi ni. Tak sangka pula sampai macam ni sekali yang mari nak menebus lori milo. Maka, oleh kerana tak sanggup beratur panjang dan di tambah pula mendapat cahaya matahari Ramadhan yang terus-menerus memancarkan nikmatnya, jadi aku pun teruskan perjalan ke Tesco Mutiara. Hehehe...aku tahu kat situ pun ada buka booth untuk redeem lori milo ni.

Bila aku sampai saja Tesco tu aku pun bertanyakan pada si gadis di customer service akan lokasi penebusan lori milo dijalankan, dan terus mengorak langkah (yang pantas) ke booth yang terletak di hadapan restoran Santai. Bila sampai saja aku dapati booth sudah tersergam indah. Takda sorang pun yang mula beratur. Hahaha....aku boleh beratur depan sekali, fikir aku. Lepas tu baru aku perasan, bukan setakat takda orang yang beratur, orang yang nak sua bagi lori milo pun takda. Ah sudah, kes naya ni....

Aku pun naik balik dan bertanya kat si gadis tadi, apakah gerangan yang terjadi dengan booth tanpa penghuni nun. Dia beritahu, tadi diorang ada mari, lepas tu tak tahu mana pergi. Aku pun turun kembali dan mula bersembang dengan beberapa brader yang sudah mula berlegar di depan booth. Setelah hampir lima belas minit menunggu, ada yang meninggalkan lokasi (dengar kabar booth di Carrefour Kota Damansara tak ramai orang) dan aku yang juga sudah bosan menunggu, meneruskan aktiviti membeli sedikit barang dapur kat Tesco.

Bila dah settle membayar barangan yang dibeli, aku pun terfikir nak round sekali lagi kat booth penebusan. Haaaa....depa dah sampai. Aku pun parking troli kat tepi dan join beratur. Walau pun tak dapat beratur depan sekali, dapat nombor empat pun jadi la.....


Dan inilah dia lori-lori milo edisi julai yang kini ...dah masuk kotak. Bagus edisi kali ini sebab didatangkan siap dalam bubble wrap.

Lori milo tahun lapanpuluhan. Dikatakan lori milo yang paling di "sought-after" kerana merupakan model van volkswagen. Begitulah rumusan seorang uncle sewaktu bersembang menunggu geng milo sampai. Pada pendapatnya, model inilah yang menyebabkan ramai yang keluar untuk menebus lori-lori milo kali ni. Pendapat anda bagaimana...?








Dan yang di bawah ini pula adalah lori milo tahun sembilan puluhan. Yang ini aku tak berapa cam sebab time sembilan puluhan, aku dah kira agak dewasa. Dah tak berpeluang lagi nak merasa milo percuma lagi...hahaha.







...hasil tangkapan kali ini.


ahaaa... empat sudah dapat, bulan sembilan lagi dua mari, kenalah beratur lagi...

4 comments:

Iaryylr said...

syabas Bro!

Spallan said...

tq bro...

cheramiche said...

tahniah. queue kat putrajaya pun boleh tahan juga. sampai dgrnya org kat Milo sendiri pun tak budget org punye lah ramai nak collect toys nih. tak tahu pulak yg version Volkswagen tu org suka sangat.. Sabar menanti 26hb utk dptkan version 2010/2011 :P

p/s : saya suke version 50an :P

Spallan said...

tq cheramiche. memang org milo tak sangka sambutan begitu hangat sekali untuk mendapatkan lori milo. ada yang kumpul untuk dibuat koleksi, ada pula yang saya dengar nak bagi anak main, siap tanya tayar tu boleh berpusing atau tidak...hahaha. apa-apa pun teruskan mengumpul cheramiche...