Monday, September 26, 2011

minum susu dulu...

Sekali pandang macam permainan jackpot, dapat tiga logo yang sama boleh dapat wang besar. Hehehe....tapi bukan. Ini merupakan salah satu promosi yang dijalankan di kedai hijaukuning minggu dulu, promosi produk susu katanya. Dengan setiap pembelian sepuluh ringgit, pembeli berpeluang memasuki kontess dan juga bermain bagi mendapatkan souvenir premium seperti di bawah ini. Tapi seperti biasalah, aku akan buat deal dengan Cik Amoi yang menjaga alat penentu pemenang. Aku beritahu dia, "saya beli ini, tapi tak payah mainlah. you terus kasi saja itu free gift boleh ka?". Dan seperti biasa juga, Cik Amoi akan berbincang dengan rakan setugas samada boleh lepas ka buat macam ini. Dan akhirnya seperti biasa jugalah, jawapannya adalah OK..... maka inilah dia hasilnya.

kombinasi untuk menang hadiah...


fridge magnet dengan nota


yang ini sebenarnya adalah beg (sila rujuk gambar kombinasi hadiah di atas), tak berani nak buka sebab nampak macam susah je nak bungkus balik...hihihi


apron ala lembu Friesian


2 comments:

Iaryylr said...

syabas bro dapat lengkapkan!

Spallan said...

hehehe...beli milo kotak untuk bar code tebus milo mini van (sambil menyelam minum air (milo?) :)