Monday, October 31, 2011

bukan kondo...

Mister adalah sebuah jenama kondom yang dipasarkan di Malaysia. Dengan tagline "For Those Tender Moments", ia berasal dari United Kingdom walau pun dibikin di negara jiran kita iaitu Thailand. Diantara produknya adalah Mister 002, Mister 003, Mister Silky Smooth, Mister Ultra Thin dan macam-macam lagi. Yang kat bawah ini pula, bukanlah salah satu daripada produk keselamatan tu tapi merupakan set daun pakau dari Mister. Tak pasti cara sebenar memperolehinya, samada dapat free sewaktu membeli produk Mister atau diberikan secara percuma tanpa sebarang pembelian. Yang penting, aku beli ni daripada seorang seller di Amcorp Mall.....hehehe.







1 comment:

nikths said...

kalau tengok logo 'mister' tu memang produk kondom tapi mengapa dibuat untuk Tohtonku Sdn.Bhd.Bukan ke Tohtonku tu keluar produk penjagaan diri seperti Follow Me,Uberman,Nutox dll.