Friday, July 6, 2012

ayaq Raya dah ready.....

Sewaktu berjalan-jalan di sebuah pasaraya di kota raya, ternampak pula aku akan bunting bawah ni di hadapan sebuah restoran.....


Wow...ada offer free Coca Cola Coasters. Sangat menarik nih, boleh dapat souvenir percuma, hanya perlu makan sahaja di restoran ni dan Cik Amoi akan datang bagi satu set coaster  Coca Cola. TAPI.... haaa, "tapi" hari ni agak besar sikit. Nak dapatkan souvenir tu, kenalah berbelanja seratus ringgit ke atas, barulah boleh mengundang Cik Amoi ke meja untuk senyum dan berikan souvenir. Kalau tak sampai seratuih tu, jangan mimpilah. Hahaha...nak makan apa aku sampai seratuih ringgit? Maka dengan mood ala hampa aku pun meneruskan perjalanan, cukuplah setakat ambil gambar bunting buat kenang-kenangan...


Tapi..... (kali ni tapi yang baguih), bila aku berjalan pula kat bahagian supermarket, aku ternampak pula bunting yang atas tu. Offer-nya sama, boleh dapat coaster Coca Cola juga cuma syarat lamarannya taklah seberat yang tadi. Kali ni, aku hanya perlu beli lima botol ayaq (satu setengah liter) ahli keluarga Coca Cola dah boleh dapat satu set coaster ni. Apa lagi, aku pun terus le angkat sepuluh botol, standby buat jamu raya nanti......hahaha. 













4 comments:

Unknown said...

terbaik ni bro.. mana dapat ni.. cantik tuk koleksi..

fairus said...

MAK OII.. CANTIK SIOT... :)

nikths said...

alamak kena beli ayaq 5 botol tu.
syabas bro,tangkapan yang pantas he he he....

Spallan said...

edilelly...memang cun ni bro, dapat kat aeon one utama, 1 julai baru mula promo

fairus...cantekkk

nikths...ayaq beli lima, tapi itu coaster kecek minta dua, hehehe