Tuesday, December 4, 2012

my preciousssss...

Aku ni jarang juga ke Burger King tapi hari tu aku ternampak akan offer empat jenis burger, bersama kentang lurus dan air pada harga RM5.95. Hmmm, macam menarik, reason concrete la untuk aku masuk mencuba. Tapi seperti biasalah, bila nak kena duga tu, macam-macam yang timbul. Ternampak pulak lah flyer  bawah ni.....


Ada contest boleh pi New Zealand  katanya. Takpa lah, yang tu boleh kirim salam je la, hadiahnya belum tentu dapat. Yang tentu boleh dapat, tu dia...sila lihat gambar di atas.....yang berbaris bawah burger tu.


Ahaaa....dengan membeli set special The Hobbit Meal, disamping mendapat makanan barat yang serba menyelerakan, pembeli akan dihadiahkan dengan sebuah buku nota dengan pilihan dari empat cover berlainan. Wah, dengan otomatis, niat hendak berbelanja RM5.95 tadi tu melonjak kepada RM13.95. Hahaha...dan inilah dia buku nota dengan cover si Smeagol.





1 comment:

Iaryylr said...

aduh.... cantik pulak golum nie...