Wednesday, October 30, 2013

syoknya macha...fuyoh lenglui...terrernya beb...bestgiler

Pastinya ramai yang tahu akan kewujudan tin Coca Cola macam yang kat bawah ini, dan tak kurang juga yang tahu bahawa rangkaian kedai-runcit-tak-pernah-tutup ada menjalankan peraduan sempena tin edisi khas ini kan.... Ok, Ahad lepas adalah tarikh akhir penyertaan peraduan ini jadi pada Isnin esoknya aku pun singgahlah ke beberapa kedai-runcit-tak-pernah-tutup bagi mendapatkan...oooops, errr bagi menyelamatkan beberapa souvenir sebelum dihapuskan.



iklan pelekat



iklan standee



borang penyertaan



poster...
(anda perasan perbezaan pada dua poster ini?)



Nak tambah niqmat pada misi pencarian souvenir kali ini. Pada salah satu kedai-tak-pernah-tutup yang aku singgah tu, Cik Atendannya sungguh baik hati. Bila aku tanya kot ada lagi saki baki barangan Coca Cola seperti di atas nun, dia pun beritahu aku, "tak ada la bang, semua dah buang". Aku pun, "oklah, takpa...terima kasih ya". Tapi...hahaha, cerita aku ni mesti ada TAPI-nya. Bila aku nak keluar je, Cik Atendan berkata lagi, "tapi, kalau abang nak yang ni abang boleh la ambil...". Maka inilah dia poster ayaq Coke botol dan juga F&N. Termasuklah sticker plastiknya sekali. Terima kasih.......




6 comments:

gostansikit said...

Fuyoh poster, pelekat , standee pun dpt eh ? :O

Mun Kit Tee said...

Wah... banyaknya hasil!!! Minta dan diaorang bagi ke!?
Nampaknya esok lepas sekolah kena cari dekat luar sekolah (tapi poster itu memang tak ada kat kedai tu)... tapi takut rakan-rakan nampak XD

Spallan said...

Goh LinLin
...apa yang ada, on saja. yang tak dapat cuma hadiah iPad tu je, hahaha

Mun Kit Tee
...yup, minta dan explain contest date dah expired dan beritahu yang barang-barang ni diorang pasti akan buang saja, dan kemudiannya diorang akan bagi dengan rela hati. :)

Mun Kit Tee said...

uhuhu... tak ada lah (memang semasa tempoh peraduan pun tak nampak ada), ada pelekat peti ais je... kena cari di kedai-kedai lain pula XD...
...bukan semua kedai 7E melekat poster yang sama di hadapan kedai

Spallan said...

alright, all the best to you

Mun Kit Tee said...

Hari ini pergi 7-E dan nampak pelekat dan standee... saya dapat standee saja... tapi kira ok lah...
http://marketads-collections-my.blogspot.com/2013/11/peraduan-chup-refresh-lah-dengan-coca.html