Monday, March 21, 2011

terbaru dari Coca Cola...

Peraduan Coca Cola yang terbaru, "Lihat Kod Di Bawah Penutup/Tab Dan Menang" sempena perayaan ulangtahunnya yang ke seratus duapuluh lima. Ada sesiapa yang dah kena...?


apa mungkin ini diantara hadiah-hadiah yang ditawarkan? hmmm, tak pasti...




sambil minum kopi...

Setelah mendapat info daripada blog bro Nikths, aku pun dengan secergas mungkin berusaha mendapatkan souvenir playing cards nih. Yeahhh, itu pun dia. Dengan membeli sepeket Super Charcoal Roasted Ipoh White Coffee, terkandung didalamnya 15 sachets kopi putih ni dan satu pek daun pakau. Bagus juga dimasukkan sekali dalam bungkusan pek tiga-dalam-satu ni, tak payah aku pi claim kat kaunter customer service...





Sunday, March 20, 2011

PEZ atau Pez?

PEZ (huruf besar kesemuanya) merupakan sebuah syarikat confectionary yang berasal dari Austria. Ia terkenal dengan gula-gulanya yang berbentuk seperti pil ubat yang disimpan di dalam bekas khas berbentuk karakter-karakter yang dikenali umum seperti dari komik, filem dan yang seumpama dengannya. Dikatakan nama PEZ lahir dari perkataan German bagi peppermint iaitu Pfefferminz, yang mana merupakan perisa pertama PEZ sewaktu mula-mula keluar dahulu pada tahun 1927. Di bawah ini adalah PEZ dengan dispensernya yang berbentuk Mr Bean yang complete dengan tahi lalatnya di sebelah kiri (kalau Phua Chu Kang, di sebelah kanan...).





Saturday, March 19, 2011

Hellboy

Ini adalah set coaster dari komik Hellboy (merah) dan juga daripada filem Hellboy (hitam). Didatangkan dalam tin bulat, setiap tin mengandungi empat keping coaster yang memaparkan imej karakter dari siri/filem Hellboy..

Karakter Hellboy (kemunculan pertama pada tahun 1993) adalah rekaan Mike Mignola dari siri komik yang telah diterbitkan oleh Dark Horse Comics. Dijadikan sebuah filem di layar perak pada tahun 2004, ia merupakan sebuah filem penuh aksi dan membariskan pelakon-pelakon seperti Ron Perlman sebagai Hellboy, John Hurt sebagai Professor Trevor dan Selma Blair sebagai Liz Sherman.








Stallone vs Snipes

Demolition Man merupakan sebuah filem lakonan Sylvester Stallone, Wesley Snipes, Sandra Bullock, Nigel Hawthorne dan Denis Leary. Diterbitkan pada tahun 1993, ia mengisahkan bagaimana Sergeant John Spartan (Stallone) dan penjenayah terhebat iaitu Simon Phoenix (Snipes) telah melalui proses pembekuan "cryogenic" pada tahun 1996 dan tersedar pada tahun 2032. Bangun di kala dunia menikmati tahap jenayah sifar, si Snipes ni memang bikin havoc-lah. Dan seperti biasa, ia menjadi tanggungjawab si Stallone untuk menyelesaikannya.
.
Dibawah ini merupakan dua fridge magnet dari filem tersebut. Kena angkat kedua-duanya sekali barulah dapat efek dua karakter utama mengadap satu sama lain...