Saturday, March 19, 2011

Stallone vs Snipes

Demolition Man merupakan sebuah filem lakonan Sylvester Stallone, Wesley Snipes, Sandra Bullock, Nigel Hawthorne dan Denis Leary. Diterbitkan pada tahun 1993, ia mengisahkan bagaimana Sergeant John Spartan (Stallone) dan penjenayah terhebat iaitu Simon Phoenix (Snipes) telah melalui proses pembekuan "cryogenic" pada tahun 1996 dan tersedar pada tahun 2032. Bangun di kala dunia menikmati tahap jenayah sifar, si Snipes ni memang bikin havoc-lah. Dan seperti biasa, ia menjadi tanggungjawab si Stallone untuk menyelesaikannya.
.
Dibawah ini merupakan dua fridge magnet dari filem tersebut. Kena angkat kedua-duanya sekali barulah dapat efek dua karakter utama mengadap satu sama lain...


No comments: