Ini adalah set action figures dari filem Batman The Dark Knight yang dikeluarkan oleh Mattel pada tahun 2008. Sebenarnya ada lagi yang lain seperti Gotham Thugs (geng yang merompak bank) tapi aku cuma kumpul yang empat ni sahaja. Ada kisah juga macamana aku boleh beli siri ini. Ceritanya begini, masa siri ni mula-mula keluar dulu, aku tak berapa kisah sangat nak beli, bak kata collector toys, kiranya dah bersaralah dalam bidang ni. Setakat tengok-tengok dah kira happy la, dah kira ok, elemen "musti mau ada" dah takda la, idak pun dah "terkawal".
.
Tetapi, ahaaaaa ada "tetapi"nya, setelah mendapat info yang siri ni (dua figure yang pertama kat bawah tu) telah ditarik balik oleh Mattel atas sebab-sebab keselamatan, jiwa collector tu kembali lagi, stim untuk memburu kembali menyelubungi diri, "aku musti ada ini, aku musti ada ini...", hahaha. Mana taknya, kalau dah kena tarik balik, statusnya sudah berbeza, dari mainan biasa sudah menjadi highly sought after, sudah jadi collectible dan mungkin juga rare kerana dah nak pupus dari pandangan dan hanya sedikit sahaja yang dah terlepas ke tangan collector. Maka mulalah tak senang duduk, semua toys r us kat Lembah Kelang ni aku geledah, asal nampaknya aje kedai mainan, aku balun masuk, taktik "tanya dan carik" berjalan dengan rakus. Namun kelibat dua karakter ini tidak juga kelihatan. Mungkin masa aku dapat info tu sudah terlewat, mana-mana figure yang ada telah pun di-recall dan dah masuk kotak supplier untuk dihantar pulang.....
.
Tetapi, ahaaaaa ada lagi "tetapi" ni. Suatu hari tengah dok berjalan-jalan kat Mid Valley Megamall, aku ternampak akan sebuah kedai mainan ni, Toy City kalau tak silap. Aku ronda-ronda la dalam kedai tu. dalam dok belek-belek mainan yang ada tiba-tiba aku terpandang akan action figures yang terdisplay pada rak. Yabba dabba doo.... itu dia Batman dan Joker yang aku cari-cari. Dengan cergasnya aku sambaq kedua-dua karakter dan pi bayaq, legaaaa dapat juga aku ni...
...yang susah nak dapat
3 comments:
hehehhe...'terpaksa' beli ye bang?
Bro, apa yang bahayanya? mungkin topeng keciltu yang boleh tertelan ke?
boyarque, 'terpaksa' dah jadi 'perlu'...hehehe
iaryylr, kalau tak silap (tak pasti, peket merah evidence tu disangka chewing gum dan di makan... kot
Post a Comment