Friday, March 11, 2011

Saga of The Dark Knight bhg3

Bahagian terakhir bagi set trading cards Batman Saga of The Dark Knight menampilkan kad paling rare dalam set ini. Ia merupakan kad yang menggunakan teknologi SkyDisc yang mana pada masa itu (1994) adalah teknologi terbaru di arena trading cards. Dengan menggunakan teknologi ini, imej hologram pada kad dapat dilihat dari mana-mana sudut 360 darjah, kiranya imej Batman akan kelihatan seperti berdiri dan dapat dilihat dari setiap sudut.
.
Ok, kalau kad dari set chase cardnya yang sebelum ini mempunyai kebarangkalian diperolehi sekeping dalam setiap lapan belas pek yang dibeli, kebarangkalian bagi mendapatkan kad SkyDisc Batman ini kebarangkalian mendapatkannya adalah 1:240. Ini bermakna dalam dua ratus empat puluh pek kad batman ni, hanya ada sekeping sahaja kad SkyDisc ni. Boleh pecah kepala beb...
.
SkyDisc Batman yang disimpan
dalam frame khas
"hardened bullet-proof plastic" (hehehe...acah aje)







...cara untuk melihat imej


Yang ni Tuan-tuan dan Puan-puan adalah hero kepada segala hero. Sesiapa yang ada ni dulu memang dikira tera la (dulu la, sekarang tak kot...). Kalau tak silap aku, hanya dealer kedai komik saja yang boleh dapat ni, itu pun tak semua yang dapat. Apakebendanya? Inilah dia Batman SkyDisc macam yang di atas tadi cuma yang ini besaaar punya, sebesar saiz CD. Didatangkan dalam kotak CD siap berseal dengan logo Batman, ia mempunyai nombor sirinya tersendiri dan terhad kepada sepuluh ribu unit sahaja. Macamana aku boleh dapat? Ahaaa...







3 comments:

Iaryylr said...

Syabas Bro! memang menarik!, ada beli tidak batman shampoo dan bedak? wangi! rasa nak beli pula....

Spallan said...

ahaaa, Batman ubat gigi ada la, itu pun budak punya, hehehe dapat badge percuma

nikths said...

Bro ia..kalau bedak atau shampoo batman tu banyak jual kat kedai.Superman pun ada.