Monday, March 7, 2011

Batman dan Robin dan Batgirl dan.....

Filem Batman & Robin telah keluar menemui peminat pada tahun 1997. Bagi aku inilah filem Batman paling colourful, penuh warni warni. Tengok sajalah pada kulit buku The Making Of-nya dibawah ini. Gambar ini jugalah yang digunakan sebagai poster rasmi bagi filemnya, betul-betul colourful.
.
Cuba pula tengok filemnya, penuh warna-warni sana sini, ada Batman, ada Robin dan ada Batgirl, sangat meriah, dan suit yang mereka pakai, berkilat-kilat dengan warna hitam dan silver-nya. Hehehe, berbeza sungguh dengan Batman Michael Keaton dan Batman Christian Bale, agak Dark sikit. Macam tu barulah Batman....., tapi takpalah, mungkin Batman George Clooney ni ada reminiscence atau sedikit tribute kepada Batman Adam West (siri tahun enampuluhan) yang penuh warna-warni dan glamour.
.
Di bawah ini adalah buku The Making of The Movie Batman & Robin (soft cover), dengan George Clooney sebagai Batman, Chris O'Donnell sebagai Robin, Alicia Silverstone sebagai Batgirl, Uma Thurman sebagai Posin Ivy dan Arnold Schwarzenegger sebagai Mr Freeze.


Film Review Special #20
(Special Collector's Edition)

.
The Official Souvenir Magazine
(dengan art cards percuma...)

.
Majalah Personal yang diperolehi secara percuma dengan akhbar Sunday Mirror bertarikh 15hb Jun 1997. Pada kulit majalah adalah Uma Thurman yang melakonkan watak Poison Ivy dan Arnold Schwarzenegger sebagai Mr Freeze.

1 comment:

iaryylr said...

Menarik Bro! Syabas!