Friday, March 4, 2011

Batmobile yang besar sikit...

Ini adalah model Batmobile dari siri Batman tahun enampuluhan yang dilakonkan oleh Adam West sebagai Batman dan Burt Ward sebagai Robin. Dikeluarkan oleh Hot Wheels sempena ulangtahun ke empat puluh siri tersebut, ia berskala 1:18 dan berukuran sebelas setengah inci. Dengan pintu yang boleh dibuka, tayar ala getah dan stering yang berfungsi, Batmobile ini mempunyai rekaan terperinci berdasarkan Batmobile sebenar yang telah digunakan dalam siri tersebut, seperti yang direka oleh ikon automobile amerika, George Barris.









...gambar kenderaan sebenar

1 comment:

Iaryylr said...

Bro, tumpang boleh? kita buat gi perak, ajak sekali Bro BR naik sama kereta nie, pecut dekat jalan ipoh... pergh!... eh... ada berapa tempat duduk dah... kena tengok lagi sekali pula...