Monday, March 21, 2011

penuh satu kereta...

Pada suatu masa yang tidak berapa lama dahulu, aku ternampak akan iklan cardboard Coca Cola & F&N Orange. Amat menariklah iklan itu sehingga timbul hasrat di hati untuk aku memilikinya (secara percuma). Namun aku hanya mampu memperoleh sebelah sahaja, iaitu bahagian yang ada gambaq Coca Cola seperti yang aku pernah posting dulu (kat sini).
.
Tetapi, harapan kembali bersinar bila sekali lagi aku diberi peluang dan terlihat akan iklan cardboard (versi uncut) di sebuah supermarket kat PJ. Selang beberapa hari aku akan melawat untuk mempastikan ia tidak jatuh ke tangan orang lain. Namun, akibat dari kesibukan kerja, sampai seminggu lebih aku tak dapat menjenguk iklan pujaan. Dan 'pabila aku berpeluang untuk singgah, rupanya baru semalam diorang kasi clear dan buang iklan cardboard tu, promosi dah habis kononnya. Aduuuh, bila aku tanya kat brader yang jaga kat situ dia berkata, kenapa abang tak bagi tau yang abang nak.... Ish, ish, iiiish, takpalah, dah nasib badan.
.
Rutin harian pun berjalan seperti biasa sehinggalah pada satu weekend tu, aku pi lah bercuti ke rumah adik ipaq aku kat JB. Selepas pekena Mee Rebus Hj Wahid, kami meronda kat supermarket area tu. Tiba-tiba aku pun terpandang kat area ayaq soda. Eh apa tu...? Macam kenal je... Yeeeehaa, tu dia iklan cardboard Coca Cola versi uncut, masih baik, tegak berdiri diatas berkarton-karton botol pet Coca Cola. Tanpa membuang masa aku pun pi la cari staff bertugas nak minta izin bawa balik iklan cardboard tu (tak nak le guna tenik B kat tempat orang). Bila jumpa, aku pun explain kat brader bertugas yang aku berminat dengan iklan Coca Cola dan tanpa perlu aku goreng berjela-jela, dia pun terus ambil dan bagi kat aku. Betulla kata otai-otai collector, kalau dah jodoh tak ke mana.....







6 comments:

Iaryylr said...

Syabas Bro, menarik!, ok saya sakit jari mungkin publish imej saja beberapa hari, he he he!

Spallan said...

ok bro, kasi rehat itu jari. lepas ni kasi posting kaw-kaw...

miss nina said...

wah...ada koleksi lama2
hurm.. saya ada duit kertas zaman lama, itu pun abah yang simpan

Mun Kit Tee said...

Csntik ni! Saya pun ada simpan barang-barang iklan (pelbagai bentuk)......

Spallan said...

Kit_LiuBei_97...tq. kasi posting iklan yang ada :)

Mun Kit Tee said...
This comment has been removed by the author.