Friday, February 5, 2010

Rock Sampai Tua VIII

"...apakah nilainya sekerdip kenyitan,
kalau bersepah ditengah jalan, oh yeahhh...
mahal harga sekuntum senyuman,
mahal lagi kalau menyimpan perasaan..."

Walaupun kumpulan Search telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan ahlinya sudah beberapa kali bertukar-ganti, tapi Search yang aku kenal adalah dari tahun 1985 dan ahlinya pada waktu itu adalah Amy, Man Kidal, Din, Yan dan Yazit. Album pertama mereka, Cinta Buatan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1985 memang best. Oleh kerana time tu masih sekolah lagi, aku hanya mampu beli kaset cap lanun saja, hehe... tapi takpa, aku dah tebus balik dan angkat CD versi remastered macam yang kat bawah ni.

Pada tahun 1986, keluar pula album kedua Search iaitu Langit dan Bumi. Kali ni ahlinya adalah Amy, Hilary, Din, Nasir dan Yazit. Man Kidal dan Yan pula keluar dari Search dan fokus kepada group diorang, Lefthanded.

Lagu-lagu album Cinta Buatan Malaysia:
Isi atau kulit, Cinta Buatan Malaysia, Cinta Sepi, Cinta Pertama, Sirih Gambir, Balada Pemuzik Jalanan, Kejora, Nombor, Jiwa-jiwa Luka, Musafir.*

Lagu-lagu album Langit dan Bumi:
Musnah, Meniti Titian Usang, Lagit dan Bumi, Rozana, Tumbuk Rusuk, Pasti, Bisa, Mencari Sebuah Nama, Pada Satu Kedudukan, Kau Pergi

Album Search Dua dalam Satu.
Cinta Buatan Malaysia & Langit dan Bumi*



Album Mentari Merah Diufuk Timur telah diterbitkan pada tahun 1987. Barisan ahlinya masih sama seperti album sebelumnya. Lagu-lagu dalam album ni adalah: Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, Gelora Cintaku, Gadisku, Bunga Pesona, Pembakar Perasaan, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri, Serigala Segalanya, Mat Rock, Mentari Merah Diufuk Timur.*


Tapi, lagu paling power (dari segi chart performance) ialah lagu Fantasia Bulan Madu. Kalau tak silap aku, lagu ni (dulu) dapat maintain nombor satu kat carta radio selama 17 minggu berturut (kalau tak 17 minggu pun, berminggu-minggu jugak la). Satu-satunya lagu yang dikatakan dapat menandingi (sama lama tapi tak overtake) lagu Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree.

Mentari Merah Diufuk Timur
*



Selepas album Mentari ni, ada macam-macam lagi album yang keluar tapi koleksi aku yang tu entah mana pergi aku pun tak tahu. Yang tinggal ini saja... Ok lah, selepas album ni, keluar pula album Berpaling dan album Di Pintu Sepi pada tahun 1988. Masa ni ada sedikit kontroversi. Apa taknya, dalam satu tahun boleh keluar 2 album. Kisah ni nanti aku akan post "original newspaper clipping"nya. Nantikan....


Pada tahun 1989, keluar pula album Fenomena yang mengandungi lagu-lagu seperti Fenomena, Purnama, Isabella, Derap Komando, Ku Taklukkan Dunia, Menara Kesesatan, Bencana, Pawana, Songsang, Gadis Misteri, Mencari, dan Malam. Lagu Isabella tu punyalah power sampai keluar cerita wayang dengan tajuk yang sama, tapi kemudiannya ditukar ke Fenomena, yang dilakonkan oleh aktres top masa tu Ramona Rahman dan kumpulan rock hebat (mana lagi...) Search.


Inilah dia DVD filem Fenomena arahan Aziz M. Osman yang dilakonkan oleh M.Nasir, Ramona Rahman, Amy Search (dan juga gengnya) dan Adik Noramarina Zulkifli. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 1990 dan mendapat kutipan RM1juta...



Tapi, Fenomena bukanlah kali pertama Search berlakon dalam filem. Aku rasa filem pertama diorang berlakon adalah dalam cerita Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang telah ditayangkan pada tahun 1986. Star dalam cerita ni dah semestinya abang Bujang kita, M.Nasir tapi Search ada perform waktu concert di Panggung Anniversary dan waktu nak belasah geng cetak rompak. So bagi aku ni diorang punya first attempt dalam bab berlakon filem la....

DVD Filem Kembara Seniman Jalanan



Ok, sambung bab album Search, selepas Fenomena, pada tahun 1990 keluar pula album Karisma yang antara lain menampilkan lagu-lagu seperti Melastik Ke Bintang, Dunia Milik Kita, Emanuelle dan Teguh.

Pada tahun 1991 pula, sempena sepuluh tahun Search dok rockin' rakyat Malaysia ni, diorang keluarkan album Search Sepuluh Tahun yang ada lagu Cinta Kita (Amy & Inka), Manusia Oh Manusia, Mencari (instrumental), Malam, Ku Taklukan Dunia, Emanuelle, Teguh, Gadis Misteri, Derap Komando, Fenomena, Melastik Ke Bintang dan Isabella.

Search Sepuluh Tahun



Selepas album Search Sepuluh Tahun, keluar pula album Rampage pada tahun 1992 dan album Gema Di Timur Jauh pada tahun 1995.


Ini pula adalah album gabungan Search dan Wings yang diberi nama Double Trouble. Album yang keluar pada tahun 1992 ni memperdengarkan vokal dua rockers utama, Amy dan Awie, sangat power tuh.... Lagu-lagu dalam album ni, (intro), Gemuruh, Kau Masih Berdegil, Akhirnya, Gema Di Inderaloka, Nazar, Cakap Memang Murah, Malam Gelisah, Seribu Satu Natijah (Kerana Dia), Mabuk Tujuh Lautan, Ikutkan Saja.
*
Search & Wings: Double Trouble



Lagu-lagu Koleksi Search
Album kompilasi ni aku beli pada tahun 1992 dan mengandungi lagu-lagu awal Search seperti Fantasia Bulan Madu, Rozana, Cinta Sepi, Mentari Merah Diufuk Timur, Meniti Titian Usang, Setelah Hujan, Gadisku, Kau Pergi, Kejora, Musafir, Bisa dan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri.



Search Rock Mania
Yang ni aku tak ingat pula tahun bila aku beli. Macamana pun album ini adalah album kompilasi Search yang telah di-remastered kasi tambah ummph. Lagu-lagu yang ada, Pasti, Isi Atau Kulit, Gelora Cintaku, Langit dan Bumi, Balada Pemuzik Jalanan, Pelesit Kota, Jiwa-jiwa Luka, Mat Rock, Serigala Segalanya, Sirih Gambir, Pembakar Perasaan, Nombor, Kau Akan Tahu, Mencari Sebuah Nama, Berpaling dan Musnah.





Album solo Amy Search yang memuatkan lagu-lagu seperti, Aku, Yang Terbit Dari Dalam, Kongkang, Hey! Apache, Dewi, Nak Jadi Superman, Kembali, Gita Irama Sita, Macam Biasa dan Kalimah Cinta.
*



Nampaknya setakat ni sajalah koleksi CD Search yang aku ada. Album Selepas Banjir (1999) dan album Gothik Malam Edan (2006) belum sempat lagi join. Namun begitu, kosert Di Awan Biru tetap aku pergi........ Rock Sampai Tua!!!

No comments: