Tuesday, February 16, 2010

Rock Sampai Tua X

Lefthanded adalah sebuah kumpulan rock dari Johor yang dianggotai oleh Man Kidal, Samad (allahyarham), Yan, Nash dan Man Dayak. Group ni mula dikenali sejak menyertai Juara Rock pada tahun 1983. Album pertama Lefthanded, "Keadilan" telah diterbitkan pada tahun 1986. Masa mula keluar dulu takda versi CD ni, yang ada pun kaset saja. Lagu-lagu album Keadilan: Keadilan, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Sudi Sudikah Dikau, Debunga Wangi, Hadapilah Dengan Sabar, Tiada Lagi Kidungmu, Ringan Berat, Lanun, Problem Malas dan Lagenda Cinta
*
Lefthanded (Siri Lagenda): Keadilan
*


Ini pula adalah album kedua Lefthanded berjudul Seruan. Album yang diterbitkan pada tahun 1987 ini menampilkan seorang lagi rockers yang join Lefthanded dan bermain keyboards iaitu Isa. Lagu-lagu album ini adalah Seruan, Kenangan Bersamamu, Inflasi, Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu), Rafidah dan Sejarah, Alam dan Pencipta, Sentuhan Kidal, Antara Usaha dan Nasib, Ku Dihalaman Rindu dan Histeria


Lefthanded (Siri Lagenda): Seruan



Album Fanatisme lahir pada tahun 1990. Waktu itu Nash telah keluar meninggalkan Lefthanded dan tempatnya digantikan oleh Raja Rock, Ramli Sarip. Aku takda la pula CD Fanatisme tapi kalau nak tengok macamana rupa covernya, silalah ke Label: Kaset (Kaset Melayu - Lefthanded). Lagu-lagunya adalah, Semangat Lamina, Satu Tidur Panjang, Pesta Hidup Di Kota Raya, Blues, Impian Setaman, Suatu Bayangan, Perjalanan Cinta Abadi, Akal, lingkaran Sejarah Kita dan Tenat.
*
Ok, yang kat bawah ni pula adalah album Nafas yang keluar pada tahun 1996. Dari CD sleeve:
*
"rakaman LIVE dirakamkan pada 4 november 1994 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur"
*
"rakaman studio dijalankan dari januari '96 - mei '96"
*
"...disebabkan oleh jadual dan komitmen muzik peribadi yang ketat, Man Kidal tidak dapat melibatkan diri di dalam rakaman studio..."
*
"NAFAS adalah khas buat yang masih setia - sebagai pengubat rindu. Sepenuh kesyukuran kepada Yang Maha Esa, seikhlas kasih buat seluruh keluarga Lefthanded, sahabat handai, peminat setia, media cetak dan elektronik yang banyak membantu dan tidak lupa juga buat keluarga Warner Music Malaysia, who still believes in us" - Lefthanded
*
Lagu-lagu album ini: Blues (live), Debunga Wangi (live), Hidup dan Perjuangan (live), Keadilan (live), Kenangan Bersamamu (akustik), Maya Persada (akustik), Nafas Rindu (lagu baru), Semangat Lamina (live), Sentuhan Kidal, Seruan (live) dan Sutra (lagu baru).



No comments: