Saturday, February 6, 2010

Rock Sampai Tua IX

"...dari detik permulaan apabila Chippy, pemilik Red Rooster, menyuruh Yazit mencari penyanyi pada tahun 1981. Ada member dah kencing aku. Chippy suruh aku cari penyanyi. Gua turun ke JB panggil Amy. Masa tu dia kerja dengan Yamaha Muzik tune piano. Dia terus bagi 24-jam dan join kita orang"
(dari buku Fenomena Search)
*
Inilah dia buku Fenomena Search. Macam-macam cerita ada dalam buku ni. Bagaimana mulanya Search, pahit getir yang dilalui sebagai rockers, cita-cita dan impian mereka, dan kejayaan yang mereka kecapi.
*
Dalam buku ini disenaraikan ahli-ahli kumpulan Search dari tahun 1981 sehinggalah ke tahun 1988. Selain dari ahli Search yang biasa kita kenali seperti Yazit, Amy, Hilary, Nasir, Kid, Din, Man Kidal dan Yan, terdapat ahli lain yang pernah join group ni seperti Zainal (gitar/vokal), Memek (bass) dan Daud (bass). Zahid (adik kepada Yazit) juga pernah menggantikan abangnya untuk beberapa bulan.
*
Diceritakan juga, kisah dari diorang ni mula bermain di Red Rooster di Medan Tuanku (masa tu Search 4 orang saja - Yazit, Hilary, Daud dan Amy, 1983 baru Din join menjadikan Search band 5 orang), kemudiannya di Flamingo, kembali ke Red Rooster dan seterusnya di Hard Rock Cafe (Taman Tun Dr Ismail, KL). Masa bermain di HRC ni la Search mula mendapat perhatian syarikat rakaman dan pada tahun 1984 kontrak pun disain dan Search bertemu dengan M.Nasir... maka lahirlah "Cinta Buatan Malaysia".
*
Selain itu terdapat macam-macam gambar dan biodata mengenai band members yang mana aku dah scan dan post kat sini...


























Ni baru Rockers...



Yeahhh, tiket konsert SEARCH Di Awan Biru di Bukit Kiara Equestrian Polo Club pada 1 Ogos 2009....berbaloi-baloi.


Stage dan belon Celcom


Tu dia, berapa ramai yang berhimpit-himpit. Nasib baik la aku ni dah pangkat senior, kalau time muda dulu, harus kat depan sekali berdiri mengadap FRU...hahaha.


...rockers dah keluar


nuuuuuuuuuun dia, Amy....



ambil gambar skrin lah, baru clear sikit


Pada malam ni complete set Search buat performance, Amy, Hilary, Din, Kid, Nasir dan Yazit. Powerrrr......



"andai dipisah, laut dan pantai,
musnahlah ilham, hilang pedoman..."


....habisssss


(sempat jerit...ROCK SAMPAI TUA!!!)

No comments: