Wednesday, February 17, 2010

Rock Sampai Tua XIII

Nak sambung sikit lagi siri Rock Sampai Tua ni. Kali ni koleksi gambar-gambar rockers beraksi pada konsert-konsert diorang tahun lapanpuluhan dulu. Layan brader rockers (and sistah...) semua.....
*
Ni dia, gambaq "rare" Man Kidal tengah goreng guna lidah (atau gigi?) Gambar ni diambil sewaktu Lefthanded mengadakan konsert di Dewan Jubli Intan Johor Bahru sekitar hujung tahun lapanpuluhan. Rock on....
*
*
Yeahhh. Tu dia, Nash di apit oleh axeman Man Kidal dan Samad (baikkk pose tuh...) dan Yan di sebelah kiri dan Man Dayak di belakang.
*

Ini pula gambar Bumi Putra Rockers sewaktu mereka mengiringi Ramli Sarip. Semua rockers posing muka serius beb...


Siapa tak kenal rockers nih. Hilary Ang Search, tengah goreng Heavy Chains ka...?


Din, Nasir, Hilary dan Yazit. Yang pastinya konsert ni adalah pada penghujung tahun lapanpuluhan, dan sebelum kemasukan Kid... (tak ingat pula tahun bila)


Amy Search, aku rasa yang ni sewaktu konsert di Stadium Indera Mulia Ipoh pada tahun 1987. (kat gambar pun ada print tarikhnya...hehe)


Nasir dan rambut rocknya...


Hilary Ang dah standby
nak goreng baikkk punya...


"...debu-debu melayang,
keras menyambar malam,
di tengah-tengah kota,
dibawah cakrawala..."


Terbaikkk...


Check-out pose maut Hilary kat belakang tuh...


Sekarang dah tak boleh nak tengok diorang dressing macam ni lagi dah. Tu la kelebihan rock lapanpuluhan. Dressing power, performance mantap. Gua caya sama lu...!!!
*
"alam telah menyankinkan,
kau mesti pergi kau mesti....
alam telah menyakinkan kau mesti kembali,
bagai yang telah dijanjikan illahi..."



Yeahhh, ini pula adalah konsert kumpulan Rusty Blade di JB. Yantzen tengah beraksi...


Khalid Mobin, gitaris terbaik Singapura.

dan rakan-rakan...

...besaqnya rokok Salem tuh




Rockers, a bunch of happy people...


Rusty Blade LIVE...layannn.



Yantzen..... terima kasih, terima kasih...


Yang ni aku rasa group Handy Black dari JB.
Aku rasa la.... (sesiapa boleh tolong?)



Tu dia Tuan-tuan dan Puan-puan
..... Handy Black!!!

*
Haaa, yang ni confirm aku tau, group Sofea, Ipoh mari. Diorang ni kalau main, dressing ala-ala Motley Crue pun ada. Muzik, memang heavy...best.






Member-member berposing dengan Bloodshed
*
....ROCK SAMPAI TUA!!!



5 comments:

blurguyz79 said...

bro spallan,gua caya sama lu.

Spallan said...

yeahhh, rock jangan tak rock...

anwarpro163 said...
This comment has been removed by the author.
anwarpro163 said...

Pernah Dengar Tak Kumpulan Fire Michine

Spallan said...

sorry bro, tak berapa nak ingat. apa lagu famousnya...?