Thursday, August 19, 2010

...all for one and one for all

Filem The Three Musketeers pertama yang aku tonton adalah terbitan tahun 1973 yang dilakonkan oleh (sebagai musketeernya) Michael York, Oliver Reed, Frank Finlay dan Richard Chamberlain. Memang menarik menyaksikan aksi berlawan pedang dan adventure serta suspense yang dipamirkan. Duapuluh tahun kemudian, pada tahun 1993, Disney Pictures pula telah menerbitkan filem dengan tajuk yang sama dengan menampilkan pelakon-pelakon seperti Charlie Sheen, Kiefer Sutherland, Chris O’Donnel, Oliver Platt, Tim Curry, Rebecca De Mornay, Gabrielle Anwar dan Julie Delpi. Pun jalan ceritanya adalah menarik dan memuaskan.

*

Ok, kedua-dua filem ini pada dasarnya mengisahkan bagaimana d’Artagnan (Michael York/Chris O’Donnel) yang berhasrat untuk menyertai Musketeers, namun terpaksa berhadapan dengan the three musketeers ni dengan ujian-ujian dan syarat-syarat yang dikenakan. Maka macam-macam adventure dilalui sehinggalah akhirnya dia diterima sebagai musketeers dan jadilah The Four Musketeers.

*

Set trading cards ini dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993 sempena movie The Three Musketeers (1993). Mempamirkan scenes dari filem ini, gambar pada sembilanpuluh keping kad ini adalah sangat clear, cantik dan menarik. Oklah, beramai-ramai, ALL FOR AND ONE FOR ALL…layannn.













No comments: