Friday, August 27, 2010

Koleksi yang baru nak start...

Semasa dok meronda-ronda semalam, ternampaklah akan majalah DC Comics Super Hero Collection ni kat sebuah kedai buku sukaramai. Di luar negara, majalah ni dah agak lama dikeluarkan (mungkin sejak 2008) tapi kat Malaya ni ia baru saja mula diedarkan. Jadi, tunggu apa lagi, terus angkat senaskah.




*
Isu pertama ni adalah mengenai Batman. Macam-macam info mengenai karakter ni dimuatkan disini. Macamana dia boleh jadi Batman, kekuatan dan kelemahannya, kekasih-kekasih dia dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya ini bukanlah yang menjadi penyebab aku beli majalah ni, apatah lagi isu-isu yang bakal dipersembahkan...



Ahaa, inilah dia tujuan utama aku beli majalah ni. Dengan setiap naskah pembelian disertakan satu karakter DC Superhero. Jadi, untuk isu pertama ni karakternya atau patung yang disertakan bersama adalah karakter Batman. Berukuran lebihkurang tiga setengah inci dan individually hand-painted, ia diperbuat daripada besi dan agak berat. Berbaloi dengan harga intronya rm19.90


*
Sekiranya pembaca berpuas hati dengan majalah ini, ada option untuk melanggan terus untuk mendapatkan isu-isu mendatang. Bagi yang berani melanggan, hadiah yang bakal diterima adalah agak lumayan. Hadiah dari pintu misteri pertama adalah sebuah binder yang boleh digunakan untuk menyimpan majalah-majalah yang sudah dikumpul agar setiap helaian dan bucu majalah sentiasa dalam pristine condition. Hadiah dari pintu misteri kedua pula adalah sebuah set display bagi mempamirkan karakter super hero yang sudah diperolehi, memang cantik serta menarik. Dan hadiah paling lumayan, dari pintu misteri yang ketiga adalah figure Batman yang lebih besar lagi anggun yang kisahnya bernilah rm99.90. Hmmm, cobaaan...



Poster yang sempat aku minta kat
brader kedai buku sukaramai.



Dan inilah dia Batman...





logo DC pada basenya


ada nombor siri



6 comments:

Rasli Jaafar said...

Ni mesti peminat setia Batman ni he he..Aku paling suka T.shirt itam dia..hu hu

Spallan said...

Yeahh bro, batman da best...

iaryylr said...

wow! nie yang teringin nak collect nie kala ada sini... cantek lah satu setnie harganya pun boleh melonjak jugak..

-zuh@ili- said...

arap each issue akan sentiasa dikeluarkan,jgn le nk stop halfway,x completest la nnt,hehe...abe spallan x subscribe ke,dpt free batwan diri atas tiang

Spallan said...

bro -zuh@ili-, harap2 gitu le. subscribe? sudah tentu, kasi sapu habis freebies...hehehe

Spallan said...

bro iaryylr, musti mau collect ni bro, memang best...