Monday, August 9, 2010

Buy Sell Trade Soda Beverages Collectibles (bhg 1)

08/08/10 tarikh keramat dimana 11 kollektor telah bergabung di bawah satu bumbung dan menganjurkan Buy Sell & Trade Soda Beverages Collectibles di Amcorp Mall. Bermacam-macam barangan collectible dibawa dari serata pelusuk negeri termasuklah dari negara kota singa. Istimewanya event ini, selain dari para pengunjung dapat membeli barangan collectible dengan harga yang (sangat) berpatutan, ia juga adalah satu peluang bagi orang ramai mengenali hobi ini secara lebih dekat. Pasai apa, sebelum ni belum pernah lagi acara seperti ini dilakukan…

Selain itu, bagi sesetengah pengunjung yang hadir, ia adalah peluang bagi mereka mengimbau kembali kenangan silam. Seperti yang berlaku pada booth bro Frightrice. Seorang pakcik ni, bersama dengan anaknya yang sudah dewasa membelek-belek botol F&N lama (yang masih berisi – orange crush kata bro Frightrice). “I remember this” kata pakcik tu sambil menunjukkan botol tu kat anak dia. “Dulu saya beli 38sen, where did you get this…?”, dia tanya bro Frightrice. Nak tahu, kenalah tanya tuan punya botol tapi pokoknya barangan collectible ini, dan event ini secara amnya telah berjaya membawa pengunjung kembali mengingati zaman indah menikmati soda, ayer lamenet, air oren, aerated water atau senang cerita, ayaq coke.


Bagi aku (walau pun tidak telibat secara langsung dalam menjayakan event ini), aku turut berbangga dengan usaha yang telah dilaksanakan sebab kalau dah boleh buat pakcik tu mengukir senyuman, lebih-lebih lagi menyaksikan dia merenung jauh sambil memegang botol F&N tu, ini bermakna event ini telah berjaya mencapai misinya sebagai satu event usahasama bloggers & collectors tegar. Syabas kepada semua yang terlibat semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dan diperkembangkan lagi di masa akan datang. Salute!!!




Selamat Datang Semua...




Bro Kamil & Bro Nazrin
sibuk melayan pengunjung yang hadir



...kena booking tempat besaq sikit untuk next event, jam-packed tak hengat




botol coke mexico (minus the topi) milik blurguyz79, serius besaq botol tu...

*booth bro Frightrice

*
satu-persatu bro Fitri explain kat aku pasal
crate-crate kayu ni, cheers bro


Istimewa dari bro Kamil. Dia punya harga? Nuuun kat label kunin' tuh. Tak nampak? Kalau mau tahu kenalah tanya tuannya...


macam-macam botol ada, tepuk dada tanya selera... (atm banyak kat bawah)




*

Ada satu brader ni singgah kat booth bro Kamil dan beli sebiji yo-yo coke ni. Setelah settle membuat bayaran, dia pun terus nak kepak yo-yo tu. Aku dengan bro Kamil pun dengan muka penuh kengerian sambil terundur setapak menengokkan gelagat brader ni. Bro Kamil "aduh bro, collector's item tu....". Tapi apa boleh buat, dia sudah beli. Dia punya punya barang, dia punya suka, betul tak? Rupa-rupanya brader ni kaki yo-yo, agak expert juga dan biasa masuk competition. Dia pernah masuk satu pertandingan dengan menggunakan yo-yo yang pakcik dia buatkan meggunakan kayu (siap berukir lagi). Bab nak kepak yo-yo tadi tu bukan apa, dia nak keluarkan tali dan tengok joint kat dalam tu.....suspenz.

*
booth bro Fitri
*

untuk tontonan sahaja...

No comments: