Friday, August 20, 2010

The Simpsons 1

Pertama kali aku tonton kartun Simpsons adalah pada tahun lapanpuluhan. Waktu tu siri kartun ini adalah sebahagian dari siri tv The Tracey Ullman Show (sebuah rancangan yang berunsur sketsa komedi dan muzikal), dan disiarkan kalau tak silap time agak lewat malam. Oleh kerana kartun ni hanya sekadar sampingan atau penyeri rancangan jadi ia hanya muncul sekejap-sekejap saja dalam siri Tracey Ullman tu.

Selepas beberapa musim, memandangkan kartun ni mendapat sambutan yang agak menakjubkan, The Simpsons telah dijadikan sebuah siri yang tersendiri dan siarannya terus meletup-meletup. Sehingga kini sudah 464 siri episod disiarkan (sudah 21 musim) dan ada movienya sendiri. Dan inilah set trading cardsnya yang dah masuk kotak...















40 keping kad yang dicantum bagi mendapatkan
gambar/poster The Simpsons


No comments: