Wednesday, September 8, 2010

Dutch Baby dan Dutch Lady

Jenama Dutch Lady seperti mana yang kita ketahui sebenarnya telah wujud sejak tahun 1954 lagi. Waktu itu kompeni yang mengusahakan produk jenama ini dikenali sebagai Friesland (Malaya) Pte Ltd. Tugas utamanya waktu itu adalah mengimpot susu pekat dari Holland dan memasarkannya di Malaya dan Singapura. Pada tahun 1963, Pacific Milk Industries (Malaya) Sdn Bhd telah ditubuhkan dan sebuah kilang dibina di Petaling Jaya. Ini merupakan kilangnya yang pertama dibina di luar daripada negara asalnya. Seterusnya pada tahun 1975, sekali lagi penukaran nama berlaku dan kali ini namanya bertukar menjadi Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad. Akhirnya pada tahun 1984, Dutch Baby telah ditukar menjadi Dutch Lady dan kekal sehinggalah ke hari ini.
*
Ini adalah iklan Dutch Baby yang telah di-scan daripada sebuah majalah.



*
Gelas Dutch Baby dengan logo asalnya,
seorang ibu dan bayinya.



dan ini sudunya...





Dutch Baby dah jadi Dutch Lady




Gelas Dutch Lady



Packaging terkini susu Dutch Lady, tiada lagi gambar wanita sedang mengangkat baldi yang penuh dengan susu mahu pun imej seorang ibu dengan bayinya. Yang ada hanya gambar tuan punya susu...


dan susu pekatnya,
menggunakan nama Completa...




3 comments:

Rasli Jaafar said...

aku ni bab minum susu ni payah sikit..tp gelas punya pasal kena belasah juga hu hu...

Fitri Osman said...

bagus info tu...pernah ketika saya kecik dulu abg saya kata dutch babi..tak boleh minum...jadi saya pun takut la...tak pandai bahasa omputeh, baby dan babi..heeheee...

balik kampung dah ke bro???

Spallan said...

bro rasli, nak collect punya pasal susu pun bedal, no hal... hehehe

bro fitri, hahaha dia saja cakap macam tu supaya hang tak minum tapi dia boleh balun kot...
esok baru gerak balik kampung, slow2