Salam dan selamat sejahtera. Sementara dok ada beberapa jam lagi sebelum takbir raya nak mula berkumandang, saya inginlah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada geng bloggers, geng pengikut, geng mengkomen, geng collectors, serta kesemua geng pembaca blog ...dah masuk kotak. Terima kasih banyak diatas sokongan anda sekalian.
Sekiranya ada terkasar bahasa, tersindir atau terkata, dan sekiranya ada cerita yang ditulis menyinggung mana-mana pihak atau pun ada fakta yang dipersembahkan agak lari sikit kesahihannya, saya menyusun sepuluh jari dan tiga puluh enam huruf serta nombor pada keyboard ni, memohon maaf seikhlas-ikhlasnya, zahir dan batin.
Insya'Allah bila dah settle mood raya nanti, kita bercerita lagi....
2 comments:
selamat hari raya...maaf kalau ada salah silap...
Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin...
Post a Comment