Sewaktu menunggu si isteri melayan shopping hari tu, memandangkan diri pun ala dah tak larat nak berjalan atau pun berdiri, aku pun duduk rehat kat kerusi empuk yang disediakan oleh tuan kedai. Sambil-sambil tu layan le baca majalah yang ada di situ. Selak punya selak, terpandang la kat iklan yang mempromosikan produk baru keluaran Kimberly-Clark ni iaitu Kotex. Hmmm, katanya produk baru ni (yang telah dikeluarkan pada bulan Mei) diedarkan dalam tin serba hitam yang amat terhad bilangannya. Aku kalau bab edisi terhad ni mula la tak senang duduk, dah la tu, versi tin la pulak. Jadi setelah permohonan pembelian diperkenankan oleh "better-half", maka tin hitam ini pun sekarang dah join tin-tin lain yang dah masuk kotak...
6 comments:
bro spallan,lu memang dasyat!hehehe
...naluri kollektor menguasai diri ku, hahaha
Bro, Raya kedua lepas Saya sambar juga 1 + + +, beli lebih untuk dapat beg sandang wanita percuma, hi hi hi!.
bro iaryylr, haaa lagi bagus, boleh dapat souvenir beg sandang. itu sudah kira bonus...
memang hebat.. kotex pun jadi? hehe..
anything goes, bro BR. asal ada bunyi limited/terhad, produk baru dan versi tin.... kira jadi, hahaha. tu lah keajaiban dunia collector (nasib baik takda simpan kotak bunga-bunga Sanita...)
Post a Comment