Tuesday, August 31, 2010

Gelas F&N X

Sebiji lagi gelas F&N tapi kali ni berlogo Red Lion dan tertera A Fraser and Neave Product. Terdapat dua versi gelas ni. Design pada gelas adalah sama, yang membezakannya adalah crown pada tapak gelas. Dikatakan satu adalah crown untuk King dan satu lagi crown untuk Queennya...


versi Queen dan...


*
versi King



Gelas F&N IX

Sebiji lagi gelas F&N lama yang ber-crown pada base. Yang ni gold ring pada bibir pun dah agak pudar...



Gelas F&N VIII

Gelas F&N versi lama siap dengan
crown pada base-nya.



Gelas F&N VII

Gelas F&N ini memang berbeza daripada yang biasa kita lihat. Takda logo F&N yang biasa tertera pada badan gelas, sebaliknya digantikan dengan corak bunga-bungaan merah. Mungkin untuk menambahkan nikmat serta keceriaan sewaktu menikmati minuman kordial F&N. Nyamaaan...





Gelas F&N VI

Berdasarkan warna pada gelas F&N ini, ia mungkin dikeluarkan sempena perisa Orange Crush, tak pun kerana range kordial F&N yang wujud di pasaran. Sesiapa boleh membantu?


Gelas F&N V

Berbeza dengan versi yang ada,
gelas ini mempunyai logo F&N
yang berwarna putih...



Gelas F&N IV

Gelas F&N ber-design lama tapi robust ini juga mempamirkan logo F&N ala bunga yang bergemerlapan.


Gelas F&N III

Ini pula adalah gelas F&N yang mempunyai logo ala bunga tetapi ditambah dengan efek gemerlapan disekelilingnya. Mungkin telah dikeluarkan pada era kegemilangan Disko, sebab tu design-nya begitu.



Gelas F&N II

Ini pula adalah gelas F&N berlogo ala bunga. Tak pasti apakah tag linenya masa ini tapi yang pasti bottle cap time ni pun ada logo yang sama dengan warna yang berbeza-beza mengikut perisa.


Gelas F&N I

Dalam koleksi gelas yang dah masuk kotak, gelas yang paling banyak variasi dalam koleksi aku yang tak seberapa ini adalah gelas F&N. Seronok pula tengok design-design yang ada, lebih-lebih lagi dekat nak raya ni, nostalgic attack... Gelas yang kat bawah ni, gelas dengan logo F&N Everytime.

Gelas Mirinda

Gelas Mirinda berlogo merah. Mungkin melambangkan Mirinda perisa strawberry. Dengaq kata Mirinda dah keluar logo baru. Yang ni logo tahun bila ya...

Gelas Yeo Hiap Seng

Inilah sebiji gelas Yeo Hiap Seng yang aku ada. Setiap kali tengok logo rumah api tu mesti teringatkan ayaq soya bean dia.




Gelas Sinalco

Gelas Sinalco yang cantik,
dan airnya pun sodappp......


Gelas Long Chan

Gelas Long Chan, gelas lama yang masih sihat wal'afiat didalam koleksi para collector tegar tanahair. Yang ni aku simpan buat kenang-kenangan.







Gelas Sunquick

Ini pula adalah gelas Sunquick yang bergambar buah lemon. Ada ka Sunquick perisa lemon? Tak pasti teman...


Gelas Sunkist

Gelas Sunkist ni ada empat biji semuanya. Tak ingatlah pula samada ia satu set atau diperolehi satu persatu. Macamana pun semuanya dah masuk kotak...


Gelas Evian

Gelas plastik Evian ni dah lama juga digunakan sebelum dinaiktaraf masuk plastik dan masuk kotak, sampai dah nak pudar huruf "n"...

Monday, August 30, 2010

3 minit sebelum berbuka...

Semalam aku berbuka puasa dengan family adik aku. Makanan, memang best tapi sebelum berbuka adik aku bagi satu beg, ada "surprise" dia kata. Jadi sebelum buka puasa, aku buka beg dan buka bungkusan dulu. Dan inilah "surprise"nya. Cheers Bro...






Friday, August 27, 2010

Koleksi yang baru nak start...

Semasa dok meronda-ronda semalam, ternampaklah akan majalah DC Comics Super Hero Collection ni kat sebuah kedai buku sukaramai. Di luar negara, majalah ni dah agak lama dikeluarkan (mungkin sejak 2008) tapi kat Malaya ni ia baru saja mula diedarkan. Jadi, tunggu apa lagi, terus angkat senaskah.




*
Isu pertama ni adalah mengenai Batman. Macam-macam info mengenai karakter ni dimuatkan disini. Macamana dia boleh jadi Batman, kekuatan dan kelemahannya, kekasih-kekasih dia dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya ini bukanlah yang menjadi penyebab aku beli majalah ni, apatah lagi isu-isu yang bakal dipersembahkan...



Ahaa, inilah dia tujuan utama aku beli majalah ni. Dengan setiap naskah pembelian disertakan satu karakter DC Superhero. Jadi, untuk isu pertama ni karakternya atau patung yang disertakan bersama adalah karakter Batman. Berukuran lebihkurang tiga setengah inci dan individually hand-painted, ia diperbuat daripada besi dan agak berat. Berbaloi dengan harga intronya rm19.90


*
Sekiranya pembaca berpuas hati dengan majalah ini, ada option untuk melanggan terus untuk mendapatkan isu-isu mendatang. Bagi yang berani melanggan, hadiah yang bakal diterima adalah agak lumayan. Hadiah dari pintu misteri pertama adalah sebuah binder yang boleh digunakan untuk menyimpan majalah-majalah yang sudah dikumpul agar setiap helaian dan bucu majalah sentiasa dalam pristine condition. Hadiah dari pintu misteri kedua pula adalah sebuah set display bagi mempamirkan karakter super hero yang sudah diperolehi, memang cantik serta menarik. Dan hadiah paling lumayan, dari pintu misteri yang ketiga adalah figure Batman yang lebih besar lagi anggun yang kisahnya bernilah rm99.90. Hmmm, cobaaan...



Poster yang sempat aku minta kat
brader kedai buku sukaramai.



Dan inilah dia Batman...





logo DC pada basenya


ada nombor siri



Thursday, August 26, 2010

Footballer Besar Kepala...

Corinthian Marketing Limited adalah sebuah syarikat di England yang mengeluarkan permainan untuk kanak-kanak. Selain dari itu ia juga mengeluarkan patung collectible pemain bolasepak yang terkenal. Anda mungkin pernah lihat patung berkepala besar dan badan kenit…. yaaa, lebihkurang macam yang Maxis bagi tu. Ok, pada tahun 1998 dulu, syarikat Corinthian ni telah bergabung tenaga dengan syarikat teh Tetley UK. Dalam usaha untuk mempromosikan line Corinthian ProStars, setiap pembelian pek teh Tetley yang dibeli akan di-souvenirkan dengan satu patung pemain bolasepak. Ada sebelas kesemuanya tapi aku hanya larat minum teh setakat yang ini je…





David Seaman - Arsenal, Goalkeeper


*

David Seaman - England, Goalkeeper



Alan Shearer - England, Striker


Gianfranco Zola - Italy, Striker



Patrick Vieira - France, Midfielder