Thursday, September 30, 2010

Halus buihya...

Lagi ehsan daripada brader nestle, ini adalah poster nescafe tigadalamsatu yang terbaru. Macamana nak tahu yang terbaru? Haaa, yang baru nescafe-nya ada buih halus. Adik aku yang memang gemar nescafe tigadalamsatu ni, dia kata dia lebih suka yang lama, yang takda buih halus. Lebih sedap katanya. Anda bagaimana?



paper cup nescafe yang menggunakan design
yang sama seperti poster promonya




ini pula adalah paper cup yang dikeluarkan sebelum yang atas tu. tak pasti samada versi buih halus atau buih kasar...hmmm




Wednesday, September 29, 2010

Merahnya bibir...

Inilah dia poster nescafe (selepas zaman kegemilangan Cik Maya), gadis yang mempunyai bibir yang lebih merah dan lebih berkilat daripada mug nescafe. Poster ini diperolehi daripada brader nestle yang baru saja menyiapkan promo nescafe di sebuah kedai aneka. Bila ditanya poster-poster ni nak pakai lagi ka? Dia pun menjawab, "...kalau abang nak ambil lah, kat kereta pun ada lagi kalau mahu". Aku pun tersenyum...



Ini pula adalah paper cup yang dikeluarkan seiring dengan iklan promo nescafe di atas.




Tuesday, September 28, 2010

Milo Hidup Bola

Ini adalah poster Milo yang dikeluarkan sempena promosi Milo Hidup Bola dimana dengan mengumpul bukti pembelian produk Milo, boleh ditukarkan dengan bola mini atau beg. Promosi ini berlangsung waktu kehangatan World Cup dan baru sahaja tamat 31 Ogos yang lepas.


Monday, September 27, 2010

Gelas Coke ada handle...

Ini adalah gelas Coca Cola yang dibeli pada bulan Ramadhan yang lepas. Gelas ni semua bukannya barang lama atau pun susah nak dicari tetapi sebab nampak menarik dan kemas pembuatannya aku pun terus angkat buat collection. Biasalah, bila dah masuk collection (dan dah masuk kotak), tak merasalah air masuk ke dalamnya atau digunakan untuk diminum....hahaha.
*
Gelas coke yang kehijauan warnanya ini agak special sikit, ada tangkai. berbeza dengan gelas coke contour yang biasa dilihat. Gelasnya tebal dan berat, macam mug A&W. Kalau nak guna untuk minum air panas pun tada hal ni...
*
*

*
Inilah diantara sebab kenapa collect gelas-gelas ni. Tulisan Coca Cola-nya yang sangat crisp and clear, mantap beb, hehehe...


Ini pula adalah design seperti yang biasa kita lihat. Macam gelas mekdi cuma besar sikit saiznya.



Yang ni, juga design contour yang sama tapi
saiznya adalah super kenit...



buat perbandingan saiz
(yang medium tu boleh refer kat posting terdahulu...)




gambar keluarga


...tukang buat gelas

Sunday, September 26, 2010

Kopiko

Posting hari minggu yang santai... Gula-gula Kopiko ini diberikan percuma kepada pelanggan Petronas awal Raya hari tu. Bertujuan memberikan kesegaran serta meningkatkan tumpuan ketika memandu pulang ke kampung. Setiap pek mengandungi empat biji gula-gula.



Saturday, September 25, 2010

Beg Kain vs Beg Plastik

Dalam mempromosikan serta menyedarkan masyarakat akan kebaikan dan kelebihan kitar semula, Tesco dan Unilever telah menggembeling tenaga dalam usaha murni ini. Caranya? Beg kain seperti yang di bawah ini telah diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli barangan unilver berjumlah limapuluh ringgit ke atas. Hmmm, boleh digunakan pada hari "beg plastik?, bawa mai dua kupang..."



Friday, September 24, 2010

Nescafe oh Nescafe...

Sejak kebelakangan ni, banyak betul souvenir dari Nescafe nih. Bekas gula lah, gelas lah, sudu teh dan lain-lain lagi. Beli Nescafe dapat free krimer Carnation pun ada. Ini pula versi tigadalamsatu-nya. Dengan membeli satu pek, diper-souvenirkan kepada penggemar kopi Cik Maya ni sebuah beg. Beg ini adalah salah satu daripada empat warna atau corak yang ditawarkan... Apa mungkin semua ini adalah build-up untuk adegan kemunculan mug terunggul? Hmmm.....



Kordial F&N

...nampak gayanya sejak Raya ni asyik dok posting pasal souvenir ja, hahaha. Kali ni souvenir dari F&N kordial pula. Beli dua botol boleh dapat jug plastik. Masa nak claim dari si gadis di kaunter dia bilang ada dua warna, oren dan pink. Aku pilih yang oren...




Thursday, September 23, 2010

Mug Terunggul...

Amacam kawan-kawan? The ultimate Nescafe mug. Tak dapat yang besaq, dapat yang gantung kat leheaq pun ok.... Check it out disini.


Ayaq Oren

F&N Fruit Tree, hmmm...rasanya pernah tengok produk ni dulu, tapi versi tin. Kali ni didatangkan dalam versi botol 1.5liter pula. Oleh kerana nampak menarik dan rasanya pun boleh tahan, aku pun sambaq la dua botoi (...hehehe, baru le dapat souvenirnya).
*
iklan promo...


ayaq oren,
sedap diminum sejok-sejok


dapat souvenir beg kain


ini pula fridge magnet
(ada game kena main baru boleh dapat...)

Wednesday, September 22, 2010

Ho Ho Ho + Cereal

Souvenir terbaru dalam koleksi. Sambil dok meronda kat pasaraya weekend lepas, berhenti sekejap kat booth Horlicks dan test produk ni. Hmmm, boleh tahan juga, terus angkat sebungkus. Maka dapatlah souvenir fridge magnet seperti di bawah tu.....



adakah kewujudan fridge magnet mempengaruhi pembelian produk ini , hmmm, sampai ke hari ini menjadi misteri.....


Tuesday, September 21, 2010

New Freedom...

Sewaktu menunggu si isteri melayan shopping hari tu, memandangkan diri pun ala dah tak larat nak berjalan atau pun berdiri, aku pun duduk rehat kat kerusi empuk yang disediakan oleh tuan kedai. Sambil-sambil tu layan le baca majalah yang ada di situ. Selak punya selak, terpandang la kat iklan yang mempromosikan produk baru keluaran Kimberly-Clark ni iaitu Kotex. Hmmm, katanya produk baru ni (yang telah dikeluarkan pada bulan Mei) diedarkan dalam tin serba hitam yang amat terhad bilangannya. Aku kalau bab edisi terhad ni mula la tak senang duduk, dah la tu, versi tin la pulak. Jadi setelah permohonan pembelian diperkenankan oleh "better-half", maka tin hitam ini pun sekarang dah join tin-tin lain yang dah masuk kotak...





Monday, September 20, 2010

...dah 75 tahun

Sewaktu bercuti raya hari tu, sempat juga aku check blog Bro Iaryylr yang menceritakan tentang celebration Kit Kat tujuhpuluhlima tahun. Apa lagi, bila nampak je stesyen Petronas, singgah la sekejap untuk check out beg Kit Kat....
*
iklan promo Kit Kat tujuh puluhlima tahun


beli barangan Kit Kat bernilai RM5.00 ke atas boleh dapat satu (tapi, mood Raya punya pasal, gadis Petronas sudah kasi extra satu...yahooo)



Ini pula tin Kit Kat yang diperolehi dengan setiap pembelian pek Kit Kat yang mengandungi 12 2-finger wafers. Terima kasih sekali kepada bro Iaryylr for the info kat mana nak dapatkan souvenir ni.