Wednesday, July 11, 2012

merah-berhenti, hijau-jalan, biru...?

Ini dia iklan/promo terbaru KiKat. Kalau kat televisyen ada iklan brader nak perah susu dari lembu, iklannya yang ini ada brader main drums pula. Samada ini brader yang sama atau bukan, aku tak pasti...



Yang ini pula promo-nya yang menawarkan tiga bekas plastik berlogo KitKat (body sama, tutup saja yang berlainan warna). Promo ini dah agak lama juga, mungkin dah berlangsung sejak dua bulan yang lepas. Cuma aku ni saja yang baru dapatkannya ...hehehe.








Dan yang ini aku kena ucapkan terima kasih kepada bro Iaryylr kerana info dari blognya. Apakah bendanya? Ahaaa ini adalah set tiga keping fridge magnet KiKat  yang mana imejnya boleh bertukar jika dilihat dari sudut yang berbeza. Tak nampak? Kenalah dapatkan daripada brader KitKat dengan kereta sorongnya...




2 comments:

nikths said...

bekas plastik tu memang dah lama,2 bulan lepas rasanya.Fridge magnet baru je keluar kat sini.Belum dapatkannya lagi.Bajet lari ke gelas coke MCD ha ha ha....

Spallan said...

betul tu bro, gelas mekdi mari...bajet pun lari, hihihi