Friday, August 16, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~ maaf zahir dan batin ~

...ooops, dah hari raya kesembilan rupanya. Cepat betul masa  berlalu ya. Jadi, sempena bulan kemenangan ni, pastinya yang paling sakan meriah sana-sini adalah budak-budak ya tak? Apa taknya, boleh meronda ke sana-sini kumpul duit raya. Asal nampak rumah yang ada pelita kat luar, main redah je bagi salam dan masuk. Pekena kuih dua tiga biji, ayaq soda seteguk dan minta diri. Lepas tu apa lagi, dapat le duit raya. Best betul jadi budak-budak ni...hahaha. 

Bagi yang dah tua-tua macam aku ni, kirim salam le nak dapat duit raya. Bagi duit raya lagi ada...hahaha. Kalau duit raya dah tak dapat nak kumpul, dapat kumpul sampul duit raya pun jadi laaaa.... Inilah dia sampul duit raya tahun ini yang sempat diselamatkan...

CIMB
(adik bagi)



Tenaga Nasional Berhad
 (adik bagi)



KitKat
(kena beli cokelat)



United Overseas Bank
(Cik Nona bank bagi)



Maybank
(brader tukar duit baru bagi)



Chili's
(tukang jaga tetamu bagi)



Petron
(taukeh stesen sendiri yang bagi)



Big Apple
(tukang bungkus donut yang bagi)



Giant
(Cik Nona customer service yang bagi)



NGC Energy
(brader hantar gas yang bagi)



Prudential
(adik ipar yang bagi)



EssoMobil
(...sampul Petron habis,
brader cashier bagi yang ni pula)



Pharmaton
(Cik Nona CARiNG Pharmacy yang bagi)



Al Rajhi Bank
(makcik aku bagi
...kenapa tak isi sekali maksu oooi)



CARiNG Pharmcy
(Cik Nona farmasi yang bagi)



Giant
(anak buah yang bagi
....dia pun kumpul juga)



Pepsi
(brader 7-11 yang bagi)



Buraoil
(adik ipar yang bagi)



7-Eleven
(brader foreigner kerja 7-11 yang bagi)



Mercato
(Cik Nona cashier yang bagi)



Tesco
(bukan Nabil yang bagi,
tapi Cik Nona customer service bagi)



Mid Valley Megamall
(yang ni sampul kepada sampul duit raya...)


Ini baru sampul duit rayanya.
(ini semua...adik ipar aku bagi)




Habib Jewels
(sepupu aku yang bagi)





Terima kasih semua yang telah bagi kat aku sampul-sampul raya yang menarik ni...tahun depan bagi lagi ya....

7 comments:

gostansikit said...

Adoi ! Byknyerrr !!!!

Spallan said...

yeahhh...alangkah baiknya kalau dah di isi baru diberi kepada saya, hehehe

Mun Kit Tee said...

Banyaknya kamu dapat... saya ada sampul Raya The Store saje untuk tahun ini... tahun-tahun lepas punya ada lah banyak......

Iaryylr said...

Syabas! Bro, saya dapat tak banyak tahun ini :)...

Spallan said...

Mun Kit Tee...hahaha, ada la sikit, tahun lepas lagi macam-macam

Spallan said...

Iaryylr...tq bro. sebenarnya tahun ni saya agak lambat nak mula kumpul sampul ni, tiga empat hari sebelum raya baru nak sibuk cari. nasib baik dapat, itu pun ada yang melepas...petronas, aeon big, dan lain-lain lagi. :)

nikths said...

wah banyaknya.Tahun ni saya tak banyak mana.Bro boleh xchange?PM di FB ya.