Thursday, December 10, 2009

Abang Ramli, The Best

Ramli Sarip memang favourite aku dari dulu lagi. Dari dia bersama Sweet Charity hinggalah dia solo dengan panah beracunnya, sampailah dia join Lefthanded (sekejap), jadi pengetua AF, dan kini sibuk dengan kerja-kerja amalnya. Saya berpeluang menemui beliau di Restoran Endang pada tahun 2001. Terima kasih tak terhingga kepada Abang Tom (ex-drummer Revolvers) kerana membawa Abang Ramli berjumpa saya. Sempatlah saya bersembang dengannya dan minta autograf sebagai kenang-kenangan....


Abang Ramli beb, in the flesh. Macam tak percaya je dapat jumpa dia hari tu.


Bang, tolong sain semua ni yea.... terima kasih.

Album kompilasi Ramli Sarip yang mengandungi sebuah buku dan empat CD lagu. Aku beli ni dulu kat sebuah kompleks beli-belah di Bangsar. Dalam kedai muzik tu ada dua saja yang tinggal, bila ditanya harganya kalau tak silap aku ialah RM200.00, aduuuuhhh. Memandangkan masa tu aku ni masih lagi student, agak tergaru-garu le juga nak membelinya. Selang dua tiga hari aku mesti datang check samada masih ada atau dah dibeli orang. Aku tau kalau aku tak beli ni, entah bila lagi Ramli Sarip nak keluarkan kompilasi yang semacam ni. Akhirnya setelah berusaha sana-sini dan dikumpul segala aset-aset yang ada, dapat lah aku miliki kompilasi yang diidamkan ini...yeahhh.


Ni dia kompilasi yang dimaksudkan tu. Menurut buku yang terkandung didalamnya ia dikeluarkan pada tahun 1994.


Buku.....


Rockers Sejati...





Empat buah CD yang mengumpulkan lagu-lagu
terbaik Ramli Sarip yang dikategorikan:

1. Asli dan Tulus
2. Muzik Jalan Terus
3. Litar Api Rock
4. Muzik Jelata

Bahagian belakang kotak yang menyenaraikan lagu-lagu didalam CD kompilasi.


Album Ramli Sarip, secara solo dan
sewaktu bersama Sweet Charity.


VCD konsert Sweet Charity. Abang Ramli kata
"Saya pun takda yang ni, kau ada..."


No comments: