Friday, December 4, 2009

Pin Hard Rock Penang

Ini adalah pin Grand Opening Hard Rock Cafe Penang. Pembukaan besar-besaran ini diadakan pada 24 Okt 2009 dan dihadiri lebih kurang 200 jemputan khas dan beberapa ramai lagi yang tidak dijemput khas (termasuk aku). Sebenarnya hari tu aku ke situ untuk meraikan anniversary aku dan isteri, tak sangka pula hari tu diaorang punya Grand Opening. Kirak ok lah, disamping celebrate anniv, aku dapat beli pin edisi terhad (300) ni sebagai kenang-kenangan...



Semasa aku tengah dok layan tengok-tengok pin di Rock Shop ada la satu brader Hard Rock ni menegur aku. Kami pun sembang la pasal Hard Rock, collector's items dan sebagainya. Dia tunjuk juga pin-pin yang dia ada. Canggih beb, macam-macam negara punya dia ada, termasuklah yang KL punya (versi susah-mau-cari). Setelah lama dok layan sembang aku pun minta diri la nak pi bayaq dan nak balik. Elok aku nak beransur je dia buka satu pin dari lanyard dia, pin yang bawah ni, Hard Rock Hotel Penang Grand Opening Staff Edition dan bagi kat aku. (sedikit info: pin ni memang takda dijual dimana-mana kedai Hard Rock, kira in-house circulation dan staff saja yang boleh dapat dan yang ni pula untuk Grand Opening staff saja, terhad kepada 500 keping) Agak terkedu juga aku sampaikan tak terkata sekejap. Ya lah, siapa sangka nak dapat pin seumpama tu. Macamana pun, walaupun dalam keadaan separuh sedar, aku sempat mengucapkan terima kasih yang tak terkira kat brader Hard Rock tu (nama dirahsiakan...), dan terima kasih sekali lagi (free beb). So kiranya, dapat celebrate anniversary, dapat beli pin Grand Opening Hard Rock Cafe Penang dan dapat pin Grand Opening Hard Rock Hotel Penang Staff Edition. Yabba dabba doo...




Pin Hard Rock Hotel Penang yang memaparkan gadis blonde bermain gitar sambil menaiki beca. Edisi terhad 150 keping dan dikeluarkan pada tahun 2009.


Satu lagi pin Hard Rock Hotel Penang yang dikeluarkan pada tahun ini yang juga edisi terhad kepada 150 keping. Memaparkan imej tram Bukit Bendera. Tahun ini adalah tahun terakhir sebelum tram dan servis menaiki Bukit Bendera diberikan "face-lift" dan menjadi lebih canggih. Kalau tak silap aku, operasi untuk menaik taraf ini akan dimulakan hujung tahun ini dan mungkin akan mengambil masa lebih kurang setahun. Dan mungkin juga tram akan diganti dengan model yang baru dan tidak lagi kelihatan seperti yang kat bawah ni. Hmmm.....



Ini pula adalah pin Hard Rock Cafe Penang berbentuk gitar dan bermotifkan kepala naga sedang menguap....ooops, ye ke... Juga edisi terhad kepada 150 keping sahaja.



Pin Hard Rock Cafe Penang ini pula mempunyai reka bentuk kapal naga yang ganas tapi cool. Saiznya agak lebar dan adalah edisi terhad 150 keping.



Dari siri "Wing Guitar" atau gitar bersayap, pin Hard Rock Hotel Penang ini agak berbeza dari pin-pin yang lain. Selain daripada gitar yang mempunyai sayap, ia mempunyai mahkota yang tergantung di hujung bawah gitar dan apabila dipakai akan bergoyang dengan anggunnya dan mampu memukau mata yang memandang....hehe, gurau saja. Sempena menyambut anniversary aku, aku beli la dua biji, sorang satu...


No comments: