Wednesday, June 30, 2010

Spiderman dan Coca Cola

Poster Spiderman yang tengah Go For The Ultimate Refreshment ni diperolehi sewaktu melawat Pusat Sains Negara dahulu. Waktu tu sedang dijalankan pameran mengenai labah-labah, jadi dikaitkan sekali dengan Spiderman untuk menarik lebih minat para pengunjung.

Lelaki Lelabah

Ini pula adalah poster Spiderman. Yang membuat aku tertarik pada poster ini adalah cara ia dilukis iaitu painted dan karakternya adalah ala-ala realistik dan bukan seperti karakter dalam komik. Terus angkat, terus frame...


Thor Son of Odin

Sempena filem superhero Thor yang akan ditayangkan (dijangkakan pada 6 Mei 2011), maka dipostingkan di sini poster Thor Corps. Thor yang original adalah yang di background tu. Karakter Thor telah dicipta oleh Stan Lee, Larry Liber dan Jack Kirby ini, pertama kali muncul dalam komik Journey Into Mystery #83 pada Ogos 1962.*
*

Bukan Pinggan Star Wars

Ini sebenarnya adalah poster promo bagi pinggan atau collectible plates dari The Hamilton Collection. Pinggannya takda, poster saja ada, jadi la...
*

The Simpsons

Simpsons, siapa tak kenal tak? Ini adalah dua poster promo yang diperolehi secara percuma sempena pelancaran video terbaru The Simpsons. (video tu, bukannya DVD... confirm tahun pre-2000, hahaha...)



*
Poster promo bagi komik keluaran terbaru (1994)

*

Kawan-kawan

Friends adalah sebuah rancangan sitcom televisyen yang sangat popular. Mula ditayangkan pada tahun 1994, ia berlangsung selama sepuluh musim dan berakhir pada tahun 2004 dengan episod terakhirnya berjudul The Last One. Dan ini adalah poster promo dari siri Friends...



Poster Promo Movie

The Relic (1997)
(AWAS!!! ...ada monster dalam muzium)


Anaconda (1997)
(AWAS!!!.....ada Jennifer Lopez lawan ular besar)

Iron Man 30 tahun

Poster promo komik Iron Man dan Secret Defenders. Kedua-duanya diperolehi secara ehsan dari kedai komik.



Superman oh Superman.....

Seperti posting terdahulu mengenai set trading cards The Death of Superman, ini pula adalah posternya. Ia menunjukkan kesedihan yang melanda dunia superhero apabila adiwira utama telah tumbang dan pergi buat selama-lamanya....



Dua Kawan Baik

Batman dan Superman sering digandingkan bersama dalam dunia komik DC. Hinggakan pada suatu masa dulu (1941) ada sebuah siri komik yang berjudul World's Finest Comics yang mana kedua-dua hero inilah yang menjadi karakter utama. Walau pun siri itu sudah tidak diterbitkan lagi namun kedua-dua karakter ini masih tetap digabungkan dalam siri-siri terkini. Apa tidaknya, ini kan DC punya flagship characters. Poster ini pula menunjukkan gandingan bersama dua superhero ini yang senantiasa bersedia menjaga keamanan dan kesejahteraan dunia...


The Outer Limits

The Outer Limits adalah sebuah rancangan televisyen yang ditayangkan sekitar pertengahan tahun sembilanpuluhan. Siri asalnya adalah dari tahun 1963 dan yang ini adalah versi yang diberi nafas baru (dan cerita-cerita baru). Gaya penceritaan adalah mengikut style The Twilight Zone, berkonsepkan science fiction dan misteri, dan biasanya ada "twist" di penghujung ceirta. Poster ini mengambil salah satu imej pada intro siri sukaramai ini...


Tuesday, June 29, 2010

Batman & George Perez

Batman adalah karakter fiksyen yang telah dicipta oleh Bob Kane dan muncul buat kali pertama pada tahun 1939. Walau pun asalnya karakter Batman ini dikenali sebagai Bat-Man atau The Batman, ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti The Dark Knight, The Caped Crusader dan juga sebagai The World's Greatest Detective. Dengan namanya yang pelbagai itu, sudah tentulah artis-artis yang pernah melukis karakter ini turut pelbagai juga. Dan antara yang ramai tu, salah seorang yang terbaik ialah artis bernama George Perez. Lahir pada tahun 1954 beliau memulakan kariernya sebagai artis professional dalam industri komik pada tahun 1973. Kalau nak di ikutkan, banyak karakter serta siri komik yang si George ni dah handle tapi takpa lah, kat sini kita cerita pasal karakter Batman dulu.

Di bawah ini adalah art portfolio George Perez mengenai Batman. Terdapat 12 poster yang dipanggil plates yang kesemuanya telah diframekan dan di display suatu masa dahulu. Pernah juga di-offer RMxxxx, tapi aduuuuh agak sayang nak dilepaskan....




"It is said that all British classic actors sooner or later play either Hamlet or Lear, the Shakespearean roles that define the limits of their craft. Similarly, it seems that all modern comic book artists, at least those of the post-Jack Kirby generation must eventually face the challenge of interpreting the comics’ darkest icon, the Batman. George Pérez has been universally acknowledged for more than a decade as one of the field’s masters and here, at last we have his version of the Dark Knight and his protégés, Robin and Nightwing. These pieces, three of which have never appeared anywhere before, abundantly display that talent that has earned George his popularity: his sense of graphic design, his dynamic composition, his ability to infuse static images with a sense of movement and drama. George has met the Batman challenge with his own unique élan and style, and the drawings in this portfolio represent both the Batman and George Pérez handsomely."


Dennis O’Neil 1990















Monday, June 28, 2010

Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee III

Ini pula (gambar kiri) adalah sewaktu P.Ramlee menyertai Pancaragam Terona Sekampong pada tahun 1946, dan gambar disebelahnya sewaktu beliau menyertai Orkes Mutiara juga pada tahun 1946.



...bilik tidur


*


*
meja solek




keterangan:
"Baju yang dipamir ini adalah baju asal milik P.Ramlee. Baju berjalur dan berkotak-kotak jenis ini menjadi kegemaran P.Ramlee semenjak beliau remaja lagi"




bilik dapur



trofi kemenangan



Pasukan Bola Tanpa Nama 1946
(P.Ramlee, no.4 dari kanan di barisan belakang)



Pasukan Bola Pinhorn House 1947
(P.Ramlee, berdiri, no.5 dari kiri)



bahagian bawah rumah







~:~ TAMMAT ~:~

Galeri dan Rumah Kelahiran P.Ramlee II

Settle bab galeri, terus menuju ke rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak bersebelahan dengan galerinya. Seperti tadi juga, nak masuk tengok-tengok rumah ni pun free juga, tara pakai wang tapi kita adalah digalakkan untuk memberi sumbangan agar rumah ini terus berkekalan dan terpelihara (begitu juga dengan galerinya).....





...yang tertulis
*

Rumah beratap nipah berlantai papan ini telah dibina oleh ayah P.Ramlee iaitu Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussain pada tahun 1926. Asal kayu rumah ini dahulunya adalah daripada rumah di Lorong Yahudi yang telah dirobohkan kerana kawasan ini digunakan untuk pembinaan kuartes kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang Jalan P.Ramlee).

*

Rumah ini telah pun dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun pada tahun 1948. Rumah ini kini telah di baik pulih oleh Arkib Negara Malaysia dan masih mengekalkannya dalam bentuk yang asal.


P.Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1929. Selepas habis pantang selama 44 hari P.Ramlee telah dibawa ke rumah ibubapanya di Kg. Jawa. Walau bagaimanapun beliau sering berulang alik ke rumah ini sehinggalah beliau meninggalkan Pulau Pinang untuk ke Singapura.


Dan inilah dia rumah kelahiran P.Ramlee









pemandangan dari dalam rumah



Seperti di galerinya, ruang rumah juga dipamirkan gambar-gambar mengenai riwayat seniman agung P.Ramlee. Terdapat gambar-gambar seperti sewaktu beliau bersekolah, pasukan bolasepak yang disertai dan juga trofi yang pernah dimenangi.




kad pengenalan P.Ramlee