Monday, June 28, 2010

Setem Besi Lagenda P.Ramlee

Pada 24 Julai 1999, POS Malaysia telah mengeluarkan setem kenang-kenangan Lagenda P.Ramlee. Pelbagai corak dan denominasi setem disediakan untuk para pengumpul dan tak kurang juga design sampul surat hari pertama yang berbeza-beza dan menarik. Selain dari itu, Royal Selangor Pewter juga mengeluarkan setem Legenda P.Ramlee tetapi versi yang diperbuat daripada pewter dan sejenis metal yang dipanggil niobium. Dibawah ini adalah koleksi setem Lagenda P.Ramlee untuk dikongsi bersama...



Album setem Lagenda P.Ramlee
(keluaran khas POS Malaysia)
*


*
sedikit-sebanyak info Tuan Lagenda...





Sampul surat hari pertama #1


Tarikh Keluaran: 24-7-99

Denominasi: 20sen, 30sen, 50sen, RM1.00

Saiz Setem: 28mm x 38mm

Tebukan: 14

Kandungan Helaian: 100

Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor

Proses Percetakan: Litografi

Pencetak: Security Printers (M) Sdn Bhd

Pereka Bentuk: Eka IPR Agensi Sdn Bhd

Sampul Surat Hari Pertama: 20sen

*

*




Tarikh Keluaran: 24-7-99

Denominasi: M/S#1 dan M/S#2 RM1.00

Saiz Setem: 100mm x 70mm

Bilangan Lembaran Mini: 2

Saiz Setem Dalam L/M: 28mm x 38mm

Tebukan: 14

Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor

Proses Percetakan: Litografi

Pencetak: Security Printers (M) Sdn Bhd

Pereka Bentuk: Eka IPR Agensi Sdn Bhd

Sampul Surat Hari Pertama Khas



Tarikh Keluaran: 24-7-99

Denominasi: 30sen x 4

Saiz Setem: 28mm x 38mm

Tebukan: 14

Kandungan Helaian: 16

Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor

Proses Percetakan: Litografi

Pencetak: Security Printers (M) Sdn Bhd

Pereka Bentuk: Eka IPR Agensi Sdn Bhd

Sampul Surat Hari Pertama Khas




Helaian Cenderamata yang mengandungi 16 setem bernilai 30sen setiap satu. Memaparkan kepelbagaian watak yang dibawa oleh P.Ramlee.







Terdapat 2 rekabentuk lembaran mini bagi koleksi ini. Bernilai RM1 setiap satu, lembaran mini pertama mempunyai setem yang menunujukkan gambar P.Ramlee setelah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN). Lembaran mini yang kedua pula mempunyai setem yang menunjukkan P.Ramlee sedang bermain piano.

*
Lembaran Mini #1





Lembaran Mini #2






Ini adalah sampul surat hari pertama yang mempunyai setem yang diperbuat daripada pewter. Design-nya adalah mengikut setem dari lembaran mini #1.





Ini pula setem yang diperbuat daripada niobium. Setem kelihatan berwarna-warni bila dibelek. Kedua-dua setem pewter dan niobium ini adalah keluaran Royal Selangor Pewter.



1 comment: