Thursday, June 24, 2010

Batman Saiz Besaq

Poster Batman & Robin ni betul-betul besar (sila rujuk kepada CD atas poster). Poster ini telah dikeluarkan sempena mempromosi filem ini sewaktu mula dipasarkan dalam bentuk video. Hehehe, time ni video lah hero, vcd baru saja nak naik, dvd tak payah cerita lah, jauh lagi...



Yang ni agak special. Kalau dilihat gambarnya agak blur sikit, macam terlari-lari warna printingnya. Haaa, sebenarnya ini bukanlah kesilapan teknikal sewaktu di kilang printing tetapi adalah teknik printing yang menjadikan poster ini mempunyai efek 3-D. Tapi kalau nak tengok efeknya secara berkesan, biasalah, kenalah pakai spek sebelah merah sebelah biru tu. Baru boleh nampak macam si Arnold tu tercegat depan pintu.

No comments: